Ramai dalam kalangan kita guna senduk kayu setiap hari tanpa sedar bahawa ia boleh jadi punca keracunan makanan jika tidak dijaga dengan betul.
Dalam satu video di Instagram @ruangteduh.house, seorang wanita berkongsi cara membersihkan senduk kayu yang ramai tak pernah tahu, tetapi sangat penting untuk kebersihan dapur.
Baca juga: Petua Tepi Tingkap Bebas Cicak, Guna Campuran Ini Terus Tak Berani Dah Lalu-Lalang!
CARA SEBENAR MEMBERSIHKAN SENDUK KAYU
“Kau mungkin tak suka dengar ini, tapi senduk kayu boleh jadi punca keracunan makanan,” katanya.
Menurutnya, senduk kayu diperbuat daripada bahan berliang. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, minyak dan sisa makanan boleh meresap ke dalam liang kayu yang menjadikan ia tempat pembiakan bakteria yang ideal.
Di ruangan kapsyen, wanita tersebut berkongsikan langkah mudah tetapi berkesan untuk menanggalkan kotoran yang tersembunyi di dalam liang kayu:
- Sediakan air yang cukup banyak hingga mampu menenggelamkan senduk kayu.
- Biarkan air betul-betul mendidih.
- Masukkan senduk ke dalam air mendidih dan biarkan rebus 10–15 minit.
- Anda akan mula nampak air bertukar warna kotor, yang terdiri daripada sisa basi, minyak dan bau yang terperangkap.
- Akhir sekali, angkat dan lap sehingga benar-benar kering. Elak kelembapan agar kayu tidak mudah rosak.
“Hasilnya, senduk nampak baru dan tahan lagi lama. Boleh cuba dekat dapur!”
Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman Seram Dapur Kaca Meletup Ketika Memasak, Ikuti 4 Langkah Keselamatan Ini!
Tip bonus: Elak kayu cepat merekah

Gambar Instagram @ruangteduh.house
Sebagai tambahan, dia mencadangkan agar senduk kayu disapu sedikit olive oil selepas dibersihkan untuk memanjangkan jangka hayatnya dan mengelakkan kayu merekah.
Namun, perkongsian itu mendapat reaksi dari seorang pengguna lelaki yang berkongsi ilmu tambahan di ruangan komen:
“Jangan guna minyak zaitun. Minyak zaitun cepat oxidize. Baik guna minyak mineral. Kalau tak ada, guna minyak kelapa pun okay,” katanya.
Lelaki itu turut mencadangkan alternatif lebih berkesan,
“Paling baik, masak sahaja campuran beewax dengan mineral oil. Memang perfect! Bukan sahaja untuk senduk, tapi juga boleh digunakan untuk perabot jati. Tak rugi pun buat wax sendiri.”
Nota penulis:
Tak sangka, senduk kayu yang nampak bersih boleh simpan begitu banyak kotoran. Dengan teknik rebusan mudah ini, anda bukan sahaja boleh pastikan dapur lebih selamat, malah peralatan kayu jadi tahan lebih lama.
Jadi lepas ini, cuba semak balik senduk kayu di dapur. Mungkin dah sampai masa untuk rawat dan bersihkan semula.
Baca juga: Isteri Tertinggal Seterika Ketika Bercuti, Suami Cerdik Guna Plastik & Air Panas Gosok Baju!
Sumber: Instagram @ruangteduh.house
FT Image: Instagram @ruangteduh.house

