Euforia Bola 2026
Dapur

Pokok Cili Kurang Berbuah? Cuba Teknik ‘Pulih Segar’ Ini, Jangan Terkejut Hasilnya Merimbun!

pokok cili

Nak pokok cili dalam pasu terus hidup subur dan berbuah lama? Perkongsian menarik daripada Ila Garden di Facebook ini pasti berguna!

Pokok cili boleh hidup dengan baik dalam pasu asalkan diberi penjagaan yang betul.

Baca juga: Seakan Cacing Rupanya ULAR BUTA! Jangan Bunuh Ya, Ini ‘Askar Senyap’ Pelindung Tanaman

TIPS TANAM POKOK CILI DALAM PASU

pokok cili

Gambar Ila Garden

Banyak orang tak tahu, dengan sedikit usaha dan teknik mudah, pokok cili boleh bertahan lebih lama dan terus menghasilkan buah segar.

Antara tip penting yang dikongsikan:

  1. Petik buah selalu – Jangan biar buah tua terlalu lama di pokok.
  2. Pangkas ranting tua – Supaya pokok tumbuh tunas baru.
  3. Tambah tanah atau baja baru setiap bulan – Medium dalam pasu cepat miskin nutrien.
  4. Tukar pasu bila akar terlalu padat – Jika nampak akar keluar bawah pasu.

Baca juga: Tips Halau Kucing Berak Pada Tanaman Guna Kulit Limau Mandarin, Baru Tak Sakit Hati!

Pokok cili biasa seperti cili padi, cili besar atau cili kampung biasanya berbuah antara 3 hingga 8 bulan dari tempoh semaian.

Tapi kalau pokok dah mula kurang berbuah, daun kecil atau banyak dahan kering, jangan terus buang! Cuba langkah berikut:

  1. Potong ranting tua atau kering – Fokus pada bahagian yang tidak ada daun muda.
  2. Tinggalkan batang utama & 2–3 dahan muda sahaja.
  3. Potong atas ruas daun ke-2 atau ke-3 dari bawah untuk galakkan cabang baru.
  4. Alihkan pokok ke tempat redup selama 2–3 hari sebelum kembali kena matahari penuh.
  5. Siram seperti biasa, tapi jangan letak baja dahulu.

Dalam masa 7–14 hari, pokok akan mula tumbuhkan tunas-tunas baru. Bila daun mula keluar, pokok akan kembali bertenaga.

Selepas 2–3 minggu, bolehlah mula beri baja buah (tinggi kalium) untuk rangsang bunga dan hasil buah yang baru.

Baca juga: Cara Jimat Buat Racun Serangga Organik Guna Bawang Putih, Ulat Pun Tak Berani Datang Dekat!

pokok cili

Gambar Ila Garden

Campuran media tanaman cili (pasu)

  • 40% tanah hitam organik
  • 30% sabut kelapa (cocopeat) – mengekalkan kelembapan & ringan
  • 20% kompos/baja organik matang – sumber nutrien utama
  • 10% pasir sungai / perlite / sekam bakar – untuk saliran air yang baik

Campur semuanya rata sebelum dimasukkan ke dalam pasu.

Tip berguna untuk kesuburan jangka panjang:

Guna kulit telur hancur:

  • Guna 1 hingga 2 biji kulit telur setiap 2 minggu
  • Jemur kulit telur dulu supaya kering sepenuhnya dan bebas bau
  • Hancurkan sampai halus, kemudian tabur di atas tanah atau campur ke dalam media

Sumber kalsium yang bagus bantu elakkan buah cili busuk hujung (blossom end rot).

Bonus tips:

  • Teknik ini sangat berkesan untuk cili kampung dan cili padi yang tahan lasak
  • Jangan potong semua ranting sekali gus, biarkan pokok ada sedikit tenaga untuk pulih

Dengan penjagaan konsisten dan sedikit ilmu, pokok cili dalam pasu pun boleh hidup subur dan memberi hasil berbulan-bulan. Terima kasih Ila Garden atas perkongsian yang sangat bermanfaat!

Baca juga: 11 Jenis Pokok Berhantu Yang Perlu Elak Tanam Dekat Rumah, Jadi Spot Cik Ponti Mengilai…

Sumber: Ila Garden

FT Image: Ila Garden

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×