Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Tips Baiki Helaian Bucu Buku Terlipat & Cara Kemas Balut Tulang Buku Teks Agar Tak Rosak!

penjagaan buku

Penjagaan buku teks adalah penting kerana ia adalah pinjaman daripada sekolah kepada para pelajar. Sekiranya, amanah ini tidak dijaga dengan sebaiknya seperti rosak atau hilang, para pelajar boleh didenda berdasarkan harga buku teks tersebut.

Justeru itu, pada kali ini penulis ingin berkongsi tips penjagaan buku teks yang betul seperti dikongsikan seorang pengguna TikTok, @dinaselni. Dina Selni ada berkongsikan cara membalut tulang buku teks dengan kemas dan tips membaiki helaian bucu buku yang terlipat.

Baca juga: Ingat Letak Racun Atau Pasang Perangkap Dah Tewaskan Tikus, Rupanya 9 Cara Ini Lebih Berkesan!

TIPS PENJAGAAN BUKU TEKS

penjagaan buku

Gambar: TikTok @dinaselni

Cara kemaskan sampul balutan tulang buku

  1. Buat belahan pada pembalut di bahagian tulang buku.
  2. Kemudian, lipat belahan pembalut ke dalam dan samakan ia dengan paras tepi tulang buku.
  3. Lipatan jangan terlebih atau terkurang, kena selari dan tepat.
  4. Hasil kekemasannya dapat dilihat seperti gambar di atas.
cara balut buku

Gambar TikTok @dinaselni: Belahan sampul yang terkeluar (kiri) dan balutan yang digunting sehingga merosakkan hujung tulang buku (tengah dan kanan).

Sekiranya, belahan tadi dilipat terlebih ke dalam, bahagian tulang buku akan terkeluar dan terdedah. Dan jika sampul dilipat terlebih ke luar, plastik tersebut akan cepat terkoyak.

Jadi, lipatlah belahan sampul sama paras betul-betul dengan tepi tulang buku yang lebih kelihatan sempurna dan kemas.

Baca juga: Sayang Nak Buang Banyak Nostalgianya, Ini Tips Ubah Suai KABINET TV Lama Jadi Lebih ‘Trendy’!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Pantas Buat Bara, Lepas Kira 1 2 3 Terus Menyala Api Dah Boleh BBQ!

Teknik baiki helaian bucu buku yang terlipat

penjagaan buku

Gambar: TikTok @dinaselni

  1. Gunakan jari dan kuku untuk membetulkan sebarang garisan bucu buku yang terlipat.
  2. Kemudian, tekankan dengan kuku dan jari.
  3. Mana-mana bucu atau helaian yang hampir koyak, bolehlah ditampal dengan pita pelekat.
  4. Ulang langkah untuk setiap helaian sehingga selesai setiap bucu bahagian bawah dan atas buku.
  5. Dah selesai membetulkan bucu-bucu yang terlipat, kepitkan dengan spring clamp.

Memang tak ada jalan ringkas untuk menyelesaikannya, selain daripada menukar buku.

cara balut buku

Gambar TikTok @dinaselni: Spring clamp pelbagai saiz.

VIDEO PENUH

@dinaselni

Replying to @benamirizzat Lipatkan macam dalam video ni. Ada orang dia tambah dengan tape untuk pastikan plastik tak cepat koyak di situ. Tapi cara saya cuma pastikan masa lipat, lipatan tu sama level dengan tepi buku, tak terkurang tak terlebih 😉

♬ original sound – RizqiRuse – Dinas eLni

@dinaselni

Part 6: Baiki Bucu Buku Terlipat Ringkasnya macam dalam video. Yang tak masuk dalam video adalah part saya letak pita pelekat kat setiap bucu helaian yang terlalu uzur macam nak koyak dah. Hanya lekat sedikit pita pelekat di hujung bucu untuk kukuhkannya semula. Dan hanya buat untuk helaian yang perlu saja untuk elakkan bahagian bucu tu jadi tebal. Untuk kekalkan bucu yang dah dibetulkan ni boleh guna spring clamp. Penyepit baju atau penyepit dokumen juga boleh digunakan cuma lapikkan dengan kadbod keras. Biarkan beberapa jam. Lepas tu boleh balut macam biasa! ❤️ #SampulBuku #BackToSchool

♬ original sound – RizqiRuse – Dinas eLni

Baca juga: Nak Teriak Tengok Kereta Tenggelam Dek Banjir, Bertenang Cek 5 Komponen Ini Dulu, WAJIB!

Sumber: TikTok @dinaselni

FT Image: TikTok @dinaselni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×