Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Tips Pasang Jubin Supaya Tak Kembung & Meletup, Orang Kata Kena Buat Macam Ini Dulu

tips pasang jubin

Mengetahui tips pasang jubin dengan betul adalah penting kerana jika tersalah langkah, jubin anda boleh mudah kembang dan meletup bila-bila masa sahaja.

Jadi, untuk mendapatkan hasil yang kemas dan tahan lama, pemasangan perlu dilakukan dengan betul. Berikut penulis kongsikan tips pasang lantai mozek buat anda semua.

Baca juga: Cara Guna Bawang Putih Untuk Kawal ‘Perosak’ Di Rumah, Sekali Letak Mesti Semua Lari!

TIPS PASANG JUBIN SUPAYA TAK KEMBUNG & MELETUP

TIPS PASANG JUBIN

Facebook

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, dia menjelaskan bahawa pemasangan jubin lebih tahan lama sekiranya anda melakukan seperti cara ini.

Caranya adalah anda hanya perlu membasahkan atau merendam jubin ke dalam air sebelum digunakan. Jelasnya, melalui cara ini anda dapat melihat hasilnya selepas bertahun-tahun siap.

“Sebenarnya selain menggunakan gam simen, susu getah dan simen berkualiti tinggi, anda perlu basahkan atau rendam lantai mozek terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

“Jika jubin tidak dibasahkan sebelum dipasang, air dalam simen lama kelamaan akan kering diresap jubin. Seterusnya lantai mozek akan kembang, menggelembung, meletup dan pecah. Ini disebabkan kelemahan sewaktu memasang,” katanya.

Jubin yang tidak direndam lebih cenderung untuk menyerap air dari mortar atau pelekat. Ini menyebabkan pelekat gagal mengekalkan kelembapan yang sepatutnya hingga menyebabkan ikatan antara jubin dan permukaan dasar tidak kuat.

Menerusi hantaran itu, rata-rata turut berkongsi pengalaman tentang lantai mozek yang meletup setelah beberapa tahun dipasang.

“Saya dah pernah kena. Meletup,terangkat dan pecah. Terpaksa digantikan dengan yang baharu,” komen pengguna media sosial itu.

Selain itu, dinasihatkan juga supaya pembeli membaca arahan yang tertulis di kotak lantai mozek sebelum memasangnya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tiga Jenis Kuali Paling Tak Sesuai Untuk Memasak, Kena Pilih Yang Macam Ini

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×