Anak petah bercakap sejak usia kecil pastinya menjadi kebanggaan ibu bapa. Namun tidak semua anak menunjukkan perkembangan sama, ada yang lambat mengeluarkan perkataan hingga membuatkan ibu bapa risau. Sesetengahnya sanggup berjumpa doktor atau pakar terapi untuk memastikan tumbesaran si kecil berada pada tahap normal.
Seorang ibu bagaimanapun berkongsi kisah bagaimana anak lelakinya yang kini berusia tiga tahun sudah mampu berbual seperti orang dewasa. Menurutnya, usaha ini dilakukan sejak anak masih bayi, dengan izin Allah segalanya dipermudahkan.
Baca juga: Bayi Demam & Batuk Berkahak… Ibu Cuba Petua ‘Mengarut’ Letak Bawang Di Tapak Kaki, Terkejut Menjadi!
TIPS IBU ANAK PETAH BERCAKAP PADA USIA 3

Gambar hiasan: Anak2u
“Anak lelaki saya kini berusia 3 tahun dan dengan izin Allah sudah boleh bercakap seperti orang dewasa. Nak tahu tak apa yang saya lakukan sejak dia masih bayi?” jelas ibu tersebut.
Berikut 10 tip yang diamalkan ibu ini:
1. Sentiasa berkomunikasi sejak dalam kandungan
Seawal dalam perut lagi, saya sering berbual dengan anak. Segala aktiviti, perasaan gembira dan doa diperdengarkan. Malah bacaan al-Quran, khususnya Surah Ar-Rahman, diamalkan secara konsisten setiap hari.
2. Banyakkan bercakap & bercerita
Sejak bayi baru lahir, saya berbicara seperti bercakap dengan orang dewasa. Sama ada ketika memasak, makan atau duduk di balkoni, semua perkara diceritakan kepada anak.
Aktiviti bercerita turut diperkaya dengan pengalaman percutian keluarga yang diulang-ulang sehingga anak boleh mengingat butiran peristiwa tersebut.
3. Perkenalkan buku & flashcard awal
Flashcard hitam putih digunakan sejak usia sebulan, kemudian diganti dengan kad berwarna. Selain itu, saya membacakan sekurang-kurangnya 10 buah buku setiap hari, meskipun buku yang sama diulang berkali-kali.
4. Perbendaharaan kata & konsep kompleks
Anak didedahkan dengan perkataan yang lebih sukar sejak kecil, contohnya “tersadung” atau “gayat”. Hasilnya, anak dapat memahami maksudnya walaupun masih berusia setahun lebih.
5. Kawalan skrin dengan pemantauan
Saya tidak menolak penggunaan skrin sepenuhnya, sebaliknya memperkenalkan program pendidikan seperti Miss Rachel sejak usia enam bulan. Semua tontonan dipantau agar sesuai dengan usia anak.
Baca juga: Jangan Ingat Tak Penting, Anak Berdepan Risiko Terbantut Jika ‘Skip’ Ubat Cacing Setiap 6 Bulan!

Gambar hiasan: Lego.com
6. Ajarkan emosi sejak bayi
Anak diajar mengenali emosi seperti marah, sedih, lapar dan gembira. Apabila sudah pandai bercakap, anak mampu meluahkan perasaan dengan jelas.
7. Aktiviti montessori
Permainan seperti lego, tanah, pom-pom, cut and paste dan messy play sering dilakukan. Ketika anak leka bermain, saya membiarkan anak meluahkan bahasa yang pernah dipelajari tanpa gangguan.
8. Masukkan anak ke playschool
Pada usia dua tahun, anak dihantar ke pra-sekolah. Hasilnya, kemahiran sosial dan kosa kata semakin berkembang.
9. Pemakanan & nutrisi
Saya turut mengamalkan pengambilan minyak ikan (Neurogain) semasa hamil, atas saranan doktor, untuk membantu perkembangan otak anak.
Akhirnya, ibu ini menegaskan semua usaha hanyalah ikhtiar. Katanya, “Segalanya Allah yang beri. Mungkin usaha kita kecil, tapi impaknya besar. Doa dan tawakal semoga Allah lancarkan proses pembesaran anak kita di atas jalan yang diredhai-Nya.”
Baca juga: Betul Ke Anak Gigi Jarang Sebab Ibu Suka Sikat Rambut Masa Bayi? Ini Jawapan Doktor!
Sumber: Threads @mylittleworld.my
FT Image: Anak2u
