Apa yang anda akan buat, sekiranya tiba-tiba sahaja mendapat panggilan bahawa ada orang nak datang singgah? Rumah pula tengah bersepah teruk, confirm segan nak terima tetamu. Jadi, mestilah anda perlukan tips cepat kemas rumah!
Jangan risau, berikut merupakan tips kemas rumah dengan cepat khas untuk tetamu yang rancang datang mengejut seperti dikongsikan Jellyna Jal.
Baca juga: Pakai Plug Bijak Untuk Lampu Liplap Raya, Dari Kampung Boleh Kawal Secara Manual
TIPS CEPAT KEMAS RUMAH
1. Cuci tandas
Tandas adalah tempat paling utama dan penting. Keberangkalian tetamu akan masuk tandas adalah tinggi. Malu muka nanti, kalau tetamu masuk tandas tapi tak bersih.
Biarkan tandas tak cantik, asalkan ia bersih! Tandas bersih tandanya tuan rumah pun bersih orangnya.
2. Tak perlu kemas semua ruang
Seterusnya, fokus mengemas pada tempat-tempat yang dijangka tetamu akan duduk sahaja. Antaranya adalah ruang dapur, bahagian bawah rumah, ruang tamu dan ruang makan.
Sekiranya anda sudah tahu tetamu akan berlama di rumah, bersihkan ruang solat juga. Ruang seperti bilik tidur tak perlu kemas dulu sebab tetamu jarang masuk.
3. Alihkan barang berselerak
Selain itu, kemas segala barang berselerak yang ada di sekitar rumah. Kebiasaannya, mana-mana barang yang tak sepatutnya berada dekat tempat asal itu perlu dialih!
Barang-barang yang macam inilah buat ruang rumah nampak bersepah.
Baca juga: Runsing Nak Mula Dari Mana? Ini Tips Bersihkan Rumah Nenek Ikut Turutan, Edisi Khas Raya!
4. Dapur pun kena kemas
Dek kerana, tiba-tiba sahaja tetamu nak datang, kadang-kadang tak sempat pun nak masak. Tetapi, dapur tetap kena pastikan ia bersih dan kemas.
Cepat kosongkan atas meja dan kemudian sapu serta mop lantai. Mana tahu tetamu nak pijak lantai dapur, segannya kalau berminyak!
Sinki pun sama wajib bersihkan, jangan ada pinggan kotor. Kalau boleh sental sekali daki-daki air.
5. Touch up kali terakhir
Ini boleh praktikkan bila tiba-tiba nampak kotoran tapi tak boleh nak buat apa dah sebab tetamu nak sampai. Contohnya, kotoran di dinding atau di atas meja.
Gunakan coaster atau alas untuk tutup ‘kecacatan’ tersebut di atas meja dan guna bingkai gambar atau pasu bunga untuk tutup dinding rumah.
6. Pewangi rumah
Akhir sekali, pasang pewangi rumah bagi elak terkantoi yang anda baru sahaja selesai mengemas rumah kerana bau pencuci sabun yang kuat.
Nyalakan lilin pun boleh juga untuk menyahkan bau tersebut.
Baca juga: Tips Buang Kerak Tebal Kuali ‘Lejen’ Luar & Dalam, Guna Asam Keping Hasilnya Cerah Berkilat!
Sumber: Lemon88 @jellynajal_
FT Image: Pexels/Rodnae Production

