Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Jangan Fokus Cantik Je, Lelaki Ini Saran Labur Lebih Pada Pendawaian Dapur & Ini Sebabnya!

litar pintas

Litar pintas boleh sahaja berlaku atas pelbagai sebab. Salah satunya adalah apabila berkongsi plug yang sama untuk peralatan yang watt tinggi. Sebagai contoh, peti sejuk yang mempunyai watt tinggi dan periuk nasi dipasang pada satu plug yang sama.

Situasi ini boleh mengakibatkan litar pintas jika telah melebihi tampungan watt pada sesuatu plug itu. Sekali gus, mengundang malang tidak berbau seperti berlakunya kebakaran.

Baca juga: 5 Tips Kemas Rumah Cepat-Cepat, Bila Tetamu Nak Datang ‘Last Minute’!

ELAK LITAR PINTAS, LABUR LEBIH PADA PENDAWAIAN DAPUR

litar pintas

Gambar Hafyzul Ariffin.

Justeru itu, saranan dari Hafyzul Ariffin mengenai melabur lebih pada pendawaian dapur mungkin boleh dipertimbangkan oleh pembaca semua.

Masa awal-awal sebelum masuk rumah, kebanyakan orang biasanya akan labur banyak pada faktor estetika dalaman mahupun luaran rumah.

Nak bagi nampak cantik pada pandangan mata. Tak salah pun sebenarnya, cuma cara saya lebih pentingkan praktikaliti daripada nilai kecantikan semata-mata.

Peralatan dapur yang pelbagai, guna jumlah tenaga yang tinggi

Saya labur sedikit lebih pada elemen pendawaian di dapur. Ini kerana di dapur kita menggunakan pelbagai peralatan yang sangat tinggi jumlah tenaga.

Jika hanya menggunakan titik pendawaian asal, wayar sedia ada pasti tidak mampu untuk menampung semua peralatan yang bakal digunakan nanti.

  • Periuk nasi
  • Air fryer
  • Pressure cooker
  • Water filter
  • Peti sejuk
  • Oven

Semua ini memerlukan konduktor haba yang baik untuk dialirkan.

Baca juga: Pakai Plug Bijak Untuk Lampu Liplap Raya, Dari Kampung Boleh Kawal Secara Manual

Wayar asal kebiasaannya adalah kecil bersaiz 2.5mm. Saya minta juruelektrik saya menggunakan saiz 4mm. Biar aliran elektrik berjalan lancar tanpa sebarang masalah di kemudian hari.

Ada sebab kenapa saya agak klinikal dalam bab ini.

Ini kerana di rumah lama saya pernah beberapa kali mengalami litar pintas disebabkan wayar elektrik yang kecil dan penggunaan pelbagai alat elektrik yang berat dalam satu-satu masa.

Nasib baik tak berlaku kebakaran.

Oleh sebab itu, saya letak banyak titik sambungan plug di dapur, plug asal ada 2 je. Saya tambah lagi 6 plug di mana ada 3 tempat berasingan yang semuanya menggunakan kabel 4mm.

Insha Allah, kalau mengikut teorinya mampu untuk menampung beban watt yang tinggi.

Baca juga: Tips Buang Kerak Tebal Kuali ‘Lejen’ Luar & Dalam, Guna Asam Keping Hasilnya Cerah Berkilat!

Tips elak lintar pintas

litar pintas

Gambar Hafyzul Ariffin: Dalam gambar ada 5 plug. Total ada 6 lagi satu saya asingkan untuk cuckoo.

Lagi satu kalau nak elak litar pintas jangan berkongsi plug yang sama untuk peralatan yang watt tinggi. Contohnya, peti sejuk biarkan ia pakai 1 plug sahaja untuknya. Jangan di situ juga cucuk plug periuk nasi.

Ini adalah pelaburan kecil demi kemaslahatan di masa akan datang. Saya tak mahulah buat kabinet dapur cantik-cantik tapi faktor keselamatan dipandang enteng.

Banyak dah kes litar pintas berlaku sampai terbakar satu rumah disebabkan kecuaian dalam elemen pendawaian.

Baca juga: Ingat Letak Racun Atau Pasang Perangkap Dah Tewaskan Tikus, Rupanya 9 Cara Ini Lebih Berkesan!

Sumber: Hafyzul Ariffin

FT Image: Hafyzul Ariffin / penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×