Berpuasa adalah satu ibadah yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental, tetapi bagaimana jika anda jatuh sakit, khususnya demam? Mesti tercari-cari tips berpuasa semasa demam supaya tidak perlu menggantikan puasa bukan?
Memang demam boleh menyebabkan badan menjadi lemah, dehidrasi, dan kurang bertenaga serta menjadikan puasa lebih mencabar. Namun, dengan penjagaan yang betul, anda masih boleh meneruskan ibadah ini tanpa membahayakan kesihatan.
Baca juga: Pakar Saran Suami Makan Kacang Supaya Sperma ‘Padu & Melimpah’, Barulah Proses TTC Berjaya!
TIPS BERPUASA SEMASA DEMAM, MASIH BOLEH TERUSKAN DENGAN CARA INI

Foto: Freepik
1. Kekalkan Hidrasi
Adalah amat penting untuk minum air secukupnya ketika sahur dan berbuka. Ambil minuman yang mengandungi elektrolit seperti air kelapa atau sup untuk mengelakkan dehidrasi. Kalau anda tengah demam, elakkan minuman berkafein (kopi, teh) kerana ia boleh menyebabkan kehilangan air yang lebih cepat.
2. Pilih Makanan Berkhasiat
Makan makanan yang kaya dengan protein dan serat seperti telur, ayam, ikan, oat dan buah-buahan supaya tenaga tahan lebih lama.
Elakkan makanan berminyak dan terlalu manis yang boleh membuat badan lebih cepat letih.
3. Rehat Yang Cukup
Semasa demam, seeloknya kurangkan aktiviti berat dan dapatkan tidur yang mencukupi supaya badan boleh pulih dengan lebih cepat. Jika berasa terlalu lemah, cuba tidur sebentar (power nap) untuk meningkatkan tenaga 3 jam sebelum waktu berbuka puasa.
4. Ambil Ubat yang Sesuai
Jika perlu, ambil ubat selepas berbuka dan sahur mengikut dos yang betul. Gunakan kaedah lain untuk meredakan simptom seperti tuam dengan tuala basah jika demam panas.
5. Pantau Keadaan Kesihatan
Jika demam semakin teruk atau mengalami dehidrasi (pening, mulut kering, lemah teruk), lebih baik untuk berbuka dan mendapatkan rawatan. Dalam Islam memberi kelonggaran kepada mereka yang sakit untuk tidak berpuasa dan menggantikannya kemudian.
6. Ambil Makanan Yang Bantu Pulihkan Demam
#Madu – Bersifat antibakteria dan boleh membantu meningkatkan sistem imun.
#Buah-buahan kaya Vitamin C – Oren, kiwi, jambu batu dan strawberi boleh membantu mempercepatkan pemulihan.
#Sup panas atau bubur ketika sahur dan berbuka– Mudah dihadam dan membantu memberikan tenaga tanpa membebankan perut.
7. Mandi atau Lap Badan Dengan Air Suam
Jika badan terlalu panas, lap dengan kain basah atau mandi air suam untuk menurunkan suhu badan. Elakkan mandi dengan air yang terlalu sejuk kerana ia boleh mengejutkan sistem badan.

Foto: Freepik
*Tapi kalau dah memang terlampau letih dan tak mampu untuk meneruskan lagi ibadah puasa, tidak mengapa untuk berbuka. Jangan biar mudarat tau!
Baca juga: Makan Ubat Tak ‘Jalan’, Bapa Ini Kongsi Cara Buat Pes Bawang Putih + Herba Untuk Sapu Di Badan
Sumber: Hello Doktor
