Periuk tanah memang ada keistimewaannya tersendiri. Bagi yang belum pernah mencuba, sangat disarankan untuk mendapatkan satu dan gunakan ketika memasak. Percayalah, pengalaman menumis dengan periuk ini jauh berbeza dan hasil masakan juga lebih sedap.
Melalui perkongsian Selvakumar Arunasalam di Facebook, periuk tanah yang digunakan tanpa melalui proses persediaan boleh cepat rosak. Disebabkan itu, langkah ‘seasoning‘ sangat penting sebelum mula memasak agar periuk lebih tahan dan tidak mudah retak.
Baca juga: Tips Elak Hirisan Epal Bertukar Lebam, Simpan Lama Bawa Ke Piknik Pun Masih Putih Segar!
TIP ‘SEASON’ PERIUK TANAH BERTAHAN LAMA DARI PECAH

Gambar: Selvakumar Arunasalam yang sedang menggunakan periuk tanah untuk memasak lauk hidangannya.
Langkah season periuk tanah sebelum guna:
- Cuci bersih: Bilas periuk tanah dengan air sahaja dan elakkan menggunakan sabun kerana ia boleh menjejaskan pori tanah liat.
- Rendam dengan air beras: Isi air basuhan beras ke dalam periuk dan biarkan semalaman kerana proses ini membantu menguatkan liang tanah liat.
- Sapu minyak: Selepas rendaman, sapukan minyak masak pada bahagian dalam periuk dan biarkan beberapa jam atau lebih baik lagi semalaman.
- Panaskan perlahan: Masukkan sedikit air ke dalam periuk, kemudian rebus di atas api kecil selama 10–15 minit.
- Sedia untuk digunakan: Selepas selesai langkah di atas, periuk tanah sudah boleh digunakan untuk memasak.
Perkara penting perlu ingat!
- Elakkan terus buka api besar seperti masak Char Kway Teow cara orang Cina, kerana periuk tanah boleh retak akibat kejutan haba.
- Jangan sekali-kali cuci dengan sabun selepas disapu minyak, malah selepas digunakan juga tidak digalakkan.
- Gunakan span lembut dan bilas dengan air biasa.
- Jika terlalu kotor, boleh cuba membersihkan dengan air garam, baking soda atau air limau.
- Pastikan periuk tanah sentiasa mempunyai lapisan minyak, bukan licin seperti pinggan yang dicuci sabun.
Dengan penjagaan yang betul, periuk tanah bukan sahaja tahan lama, malah mampu menjadikan aroma dan rasa masakan lebih menyelerakan.
Baca juga: Resipi Sambal Belacan Kampung Paling Sedap Di Dunia, Buat Selera Anda Tak Berhenti Makan!
Tidak ketinggalan, ramai warga maya turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan periuk tanah. Antara komen yang ditinggalkan:
“Seasoning periuk tanah ambil masa 2 malam ya, ibu-ibu, bapa-bapa. Jangan derhaka resipi.
“Betul tu bang. Saya guna periuk tanah ni aura dia lain dalam masakan… memang sedap dan tahan lama panas tu. Kegemaran saya apabila masak kari, asam pedas dan masak lemak guna periuk tanah ni.
“Saya memang ada dan guna tiap kali masak kari. Rasanya sangat berbeza dan kari lambat basi. Periuk turun-temurun.
“Saya punya dah periuk tanah yang ke entah berapa dah… sepuluh kot… sebab buka api besar, retak semuanya.
“Masak dalam periuk tanah, memang marvelous especially curry.
“Dulu saya suka guna periuk tanah sebab masakan rasa lebih sedap. Walaupun mudah retak, pecah tak apa… beli baru saja. Sebab dulu periuk tanah tak mahal sangat. Sekarang harga dia dah tak boleh nak beli selalu,” tulis mereka.
Baca juga: 6 Pantang Larang Mengail Udang Galah Perlu Kaki Pancing Tahu, Elak Dapat Masalah Dengan ‘Sang Bedal’
Sumber: Selvakumar Arunasalam
FT Image: Selvakumar Arunasalam
