Euforia Bola 2026
Dapur

Suri Rumah Kongsi Tips Dari Nelayan Untuk Simpan Barang Basah, ‘Seafood’ & Daging Tak Cepat Rosak

barang basah

Menguruskan barang basah di dapur supaya kekal segar bukan perkara mudah, terutamanya jika ingin menyimpan stok lama di freezer. Noor Hafiza Mohamad berkongsi cara dirinya menyusun dan menyimpan ikan, udang, sotong, ayam dan daging supaya lebih efisien dan mudah ketika memasak.

Menurut Noor Hafiza, dia mendapatkan tips ini daripada para nelayan, peniaga medan ikan bakar, pengusaha pasar dan suri rumah berpengalaman. Setiap jenis barang basah mempunyai cara penyimpanan tersendiri agar kualitinya terjaga.

Baca juga: Rebus 2 Buah Kering Ini Boleh Dapat Air Berbuka Rasa Macam Longan Tapi Lebih Sihat & Sedap Minum Panas!

TEKNIK SIMPANAN MENGIKUT JENIS BARANG BASAH

barang basah

Setiap jenis makanan laut atau daging perlu disimpan dengan teknik tertentu, sama ada dalam bekas bertutup atau plastik kedap udara:

  • Ikan berkulit lembut seperti tongkol, kembung dan selar — rendam penuh dalam air sebelum dibekukan supaya tidak kecut.
  • Ikan bersisik seperti cencaru, kerisi, siakap, susu, gelama — juga disimpan dalam air.
  • Sotong — boleh direndam dalam air atau ditabur sedikit gula.
  • Udang laut besar — rendam sepenuhnya dalam air.
  • Udang kecil — gaul dengan gula supaya tidak hitam dan mudah diambil separuh.
  • Daging lembu dan ayam — disimpan tanpa dicuci. Darah daging berfungsi melindungi daripada cepat busuk; elakkan terkena air semasa menyimpan.

Tips ini amat berguna bagi mereka yang memiliki freezer besar dan ingin menyimpan stok untuk sebulan.

Bagi peti sejuk kecil, stok sebaiknya untuk seminggu sahaja dan boleh guna cara biasa iaitu potong dan cuci sebelum disimpan, walaupun kualiti protein sedikit berbeza dengan yang baru dibeli.

Baca juga: Tak Suka Lauk Berkuah Waktu Sahur? Apa Kata Cuba Perapan Ayam Goreng Berempah Pejal & Rangup INI!

barang basah

Sesuaikan dengan rutin dapur anda

Menurut Noor Hafiza, setiap rumah perlu menyesuaikan amalan simpanan mengikut saiz keluarga, rutin memasak, saiz peti sejuk dan kekerapan membeli barang basah. Walaupun tips ini membantu, kejayaan penyimpanan juga bergantung kepada kesegaran barang basah yang dibeli.

Dia sendiri menggunakan peti sejuk side by side dengan bahagian beku berasingan daripada bahagian chiller, dan kadangkala deep freezer untuk stok lebih lama. Amalan ini telah membantunya lebih efisien dalam pengurusan dapur sambil terus menambah ilmu baru untuk rutin harian.

barang dapur basah

barang dapur basah

Baca juga: Kuah Pekat ‘Kaw’ & Lemak Santan Lebih Terasa, Wanita Kongsi Cara TUMIS Masak Lemak Daging Salai!

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

FT Image: Noor Hafiza Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×