Perasan tak dalam rumah tangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh menjadi isu besar? Salah satu puncanya adalah hasutan Dasim, jin atau syaitan yang tugasnya menghasut suami isteri supaya berlaku permusuhan dan rumah tangga menjadi tidak tenteram.
Baca juga: Peserta Dakwa Kursus Kahwin Banyak Borak Hal Dalam Kain Wanita, Ramai Desak Modul Dikaji Semula!
HASUTAN DASIM PEMUSNAH RUMAH TANGGA

Gambar hiasan Google.
Hasutan Dasim sering menyebabkan pasangan rasa rindu dan sayang bercampur dengan marah dan meluat. Kadang-kadang, hanya melihat muka pasangan pun sudah terasa menjengkelkan, tetapi dalam masa yang sama hati tetap menyimpan rasa sayang.
Jarak dan berjauhan pula akan menimbulkan rasa rindu yang bercampur-baur dengan emosi yang tidak stabil, menjadikan hubungan rumah tangga kelihatan seperti naik turun tanpa sebab yang jelas.
Kenali Dasim
- Dasim adalah iblis yang tidak suka melihat suami isteri dan keluarga bahagia. Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi keterlaluan, mudah marah, dan permusuhan antara pasangan.
- Kes rumahtangga yang dihasut Dasim biasanya melibatkan percubaan meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan mengapi-apikan suami isteri sehingga bermusuhan tanpa sebab.
- Dasim suka membuat pasangan terasa hati dan terus meluahkan kemarahan secara lisan. Kesannya rumah tangga menjadi suram, tawar, dan tidak tenteram.
- Dasim lebih aktif menghasut wanita yang sedang datang bulan, baru bersalin, atau mengandung kerana emosi mereka mudah tidak stabil.
- Dasim boleh menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati yang marah, hingga rumah tangga hancur tanpa sebab.
- Pergaduhan dan perselisihan dalam rumah tangga adalah kerja syaitan, tetapi suami isteri perlu kuat dengan mendekatkan diri kepada Allah dan melakukan amalan baik untuk menjernihkan kembali hubungan.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM

Gambar hiasan Google.
- Ketika marah, ucap istifar, tarik nafas, cari tempat menenangkan, ambil wuduk, dan tunaikan solat sunat dua rakaat.
- Bila terjadi salah faham, mohon maaf segera untuk menghilangkan prasangka dan kemarahan dalam diri.
- Amalkan makan dan solat berjemaah, baca doa bersama-sama bagi menenangkan rumah tangga.
- Jangan biarkan bilik kosong terlalu lama. Ketuk atau libas selimut, kerapkan zikir dan solat di dalam bilik tersebut supaya suara bacaan dan azan dapat didengar.
- Sentiasa memberi salam bila masuk ke rumah walaupun tiada orang, kerana rumah yang tiada salam memudahkan Dasim melakukan hasutannya.
- Baca Yassin atau Al-Quran setiap malam Jumaat dalam rumah. Jika suami atau isteri sibuk, galakkan anak-anak atau pasang MP3 supaya ayat suci berkumandang.
Iblis dan syaitan laknatullah tidak akan tenang selagi rumah tangga hancur. Sejak hari pertama perkahwinan, mereka sudah berusaha merosakkan kebahagiaan pasangan. Jika berlaku perceraian, mereka akan berpesta gembira.
Selamatkanlah rumah tangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Amin.
Baca juga: Suami Diserang Strok Lepas Kantoi Curang, Kini Anak & Isteri Yang Kecewa Kembali Menguruskannya!
Sumber: Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group
FT Image: Instagram @dasimfilm
