Euforia Bola 2026
Famili

Ciri-Ciri Lelaki Tinggi Kecerdasan Emosi Paling Diburu Wanita, ‘Type’ Lelaki Ini Jadi Jodoh Idaman!

lelaki idaman

Setiap wanita mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang didambakan. Antara ciri-ciri idaman yang diburu wanita kini adalah lelaki yang mempunyai tinggi kecerdasan emosi atau emotional intelligence (EI).

Melalui perkongsian Tiara Emilia di Facebook, lelaki yang mempunyai tinggi EI tidak tahu berpura-pura. Hal ini kerana, lambat-laun akan terbongkar juga. Jadi, kalau nak tahu sisi lain tinggi EI iaitu bakal jodoh anda, ikuti penjelasan di bawah.

Baca juga: Sebelum Bawa Pasangan Jumpa Keluarga, Tanya 6 Topik Penting Ini Untuk Tahu Sekufu Ke Tidak!

TINGGI EI, LELAKI IDAMAN WANITA

lelaki idaman

Gambar hiasan: Tiara Emilia

Ladies, nak tahu tak ciri-ciri lelaki yang ada high EI (emotional intelligence)? Haa sebabnya, EI ini dia tak boleh berpura-pura ya lambat-laun akan kantoi juga.

Acts of service, gifts (love bombing) atau words of affirmation ini kebanyakannya senang nak bermuka-muka, sampaikan ada yang hampir tertipu masa di awal fasa perkenalan. Akhirnya, eh kawin dengan siapa ini? Sebab topeng wajah dah jatuh.

Tapi dengan EI, terus sahaja boleh tahu dah cara dia berfikir dan mengatasi masalah macam mana. Jadi, jom tengok senarai:

1. Dia faham & validate perasaan orang lain

  • Bila awak luahkan perasaan, dia betul-betul dengar dan cuba faham awak bukan sekadar angguk-angguk
  • Tak dismiss perasaan awak dengan ayat macam “Ala, benda kecil je tu” atau “Overthinking sangat”
  • Dia acknowledge emosi awak dan boleh bagi comfort tanpa rasa triggered

Contoh acknowledge:

  • “Ye faham perasaan awak, mesti rasa penatkan”
  • “Betul, awak dah cuba yang terbaik”
  • “Kesian awak, kenapa lah dia buat awak macam itu”

See, simple je kan.

2. Dia tak buat drama kalau ada konflik

  • Tak cepat melenting atau main silent treatment
  • Bila ada masalah, dia cari solusi, bukan cari salah atau perempuan lain
  • Dia boleh berbincang secara matang, bukan merajuk tak tentu hala

Sudah tentu, dalam setiap hubungan akan ada konflik.

Kuncinya, cara dia atasi sesuatu dan juga nada suara dia lembut dan tenang semasa nak tenangkan awak atau berikan pendapatnya dengan hormat.

3. Dia ada empati & boleh letak dirinya di tempat awak

  • Dia faham kalau awak penat atau stress, bukan asyik tuntut perhatian
  • Kalau dia buat salah, dia minta maaf dengan ikhlas, bukan defensive atau salahkan awak balik
  • Tak buat benda yang menyakitkan hati berulang-kali sebab dia betul-betul belajar dari kesilapan

Hubungan akan kekal lama kalau masing masing boleh muhabah kesalahan diri, turunkan ego dan minta maaf dengan premis tidak akan berlaku lagi.

Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!

4. Dia tahu jaga emosi sendiri

  • Tak mudah triggered dengan perkara kecil
  • Kalau ada tekanan, dia boleh atasi dengan tenang tanpa lepaskan pada orang lain
  • Dia ada high self-awareness, tahu bila dia salah, bila dia perlu tenangkan diri sebelum bercakap

Sebabnya bila dia sedar dan akui emosinya sendiri, automatik dia pun akan buat yang sama dekat awak sebab dah terbiasa. Itu adalah perkara yang bagus.

Maksudnya, jika dia mengabaikan emosinya sendiri, kemungkinan besar dia akan mengabaikan emosi awak.

5. Cara dia bercakap & bertindak konsisten

  • Dia tak bagi mixed signals; apa dia cakap, itulah yang dia buat. He stand on his own words.
  •  Tak gaslight, manipulates atau buat awak rasa “eh aku ke yang overthinking?”
  • Dari awal sampai sekarang, dia masih orang yang sama, bukan lepas dapat awak terus berubah 180°

Dalam kata lain, dia mempunyai integriti dan harga diri. Dia tahu tindakannya berkait dengan identiti dan imej dirinya. Jadi, dia sentiasa berkelakuan terbaik.

6. Ada batas, hormati privasi dan transparensi

  • Tak paksa awak buat benda yang awak tak selesa atau suka
  • Faham konsep ruang privasi, tak perlu 24/7 periksa phone atau curiga tanpa sebab. Tapi, dia juga ada transparensi kalau awak nak periksa sebab tiada apa yang perlu disembunyikan.

Dalam erti kata lain, dia takkan buat emosi awak terganggu dengan benda-benda kecil. Dia akan jaga emosi awak macam mana dia jaga emosi dia.

Baca juga: Ini 5+ Topik Perbincangan Bakal Pengantin Perlu Lakukan Bersama, Bukan Syok Naik Pelamin Saja!

In short, EI ini tak boleh ‘fake’ lama-lama. Kalau lelaki itu betul-betul ada ’emotional intelligence’, awak akan rasa tenang bukan rasa keliru atau penat.

Jadi, kalau dari awal lagi dah nampak red flags; banyak alasan, mengelat, suka salahkan orang lain, susah nak jujur tentang perasaan atau tak boleh urus emosi sendiri, lari sebelum terlambat!

Jika anda mahukan lelaki seperti ini, wujudkan kualiti ini terlebih dahulu dalam diri sendiri! Menjadi lebih baik dalam mengawal emosi.

Baca juga: Ramai Wanita Kini Selesa Hidup Sendirian Bukan Sebab Tak Laku, Tapi Kajian Temui Jawapan Menarik!

Sumber: Tiara Emilia

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×