Euforia Bola 2026
Kini Trending

TikTok Shop Mantapkan Generasi Pencipta Affiliate Baharu Di Acara Creator Icon 2025

Bintang popular seperti Khairulaming dan Pinn Yang turut hadir beri inspirasi!

TikTok Shop sekali lagi mencuri perhatian apabila menganjurkan Creator Icon 2025 di Bangsar Nexus Connection, sebuah inisiatif khas untuk mencorakkan barisan pencipta affiliate tempatan yang lebih yakin, berkualiti dan bersedia menghadapi dunia e-dagang yang makin berkembang pesat.

Dengan tema “Are you the next Creator Icon?”, program ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 4 petang dan memberi fokus kepada latihan intensif serta bimbingan profesional supaya peserta mampu membina perniagaan digital yang mampan, bukan sekadar viral semata-mata.

Usaha Perkukuh Ekonomi Digital Negara

Acara Creator Icon 2025

Creator Icon merupakan salah satu komitmen TikTok Shop untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. Dengan melahirkan lebih ramai pencipta affiliate yang mahir, mereka bukan saja berpeluang menjana pendapatan stabil, tetapi turut membantu melonjakkan jualan usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Barisan Mentor Mantap, Siap Dedah Rahsia Kejayaan

Antara sorotan utama acara ini pastinya pengumuman mentor-mentor hebat yang menjadi tulang belakang program. Nama-nama besar seperti Khairulaming, Pinn Yang, Almiyaz, Hello Sonia, LihYing (Neo the Nyonya) dan Nynabukater tampil berkongsi pengalaman sendiri termasuk strategi naikkan engagement, bina kepercayaan komuniti, hinggalah cara jana pendapatan melalui TikTok Shop secara konsisten.

Peserta juga berpeluang tanya soalan secara terus dan dengar sendiri kisah jatuh bangun para pencipta yang kini menjadi antara wajah paling berpengaruh di platform tersebut.

Latihan Praktikal Untuk Bina Asas Kukuh

Sepanjang program, peserta diberikan latihan hands-on merangkumi tiga perkara utama:

  • Penjenamaan Peribadi: Cara jadikan identiti digital lebih kuat dan mudah diingati.

  • Strategi Kandungan: Teknik menghasilkan konten yang engaging dan mendorong jualan affiliate.

  • Polisi Platform: Kefahaman mendalam tentang garis panduan TikTok Shop untuk menjamin operasi berterusan jangka panjang.

Selain sesi bimbingan, peserta juga dapat berinteraksi dengan pelbagai booth jenama dan menyertai Creator Task Journey yang mengetengahkan cabaran praktikal untuk menguji kemahiran mencipta konten secara real-time. Paling best, semua ini percuma!

Tak Sempat Join?

Buat anda yang terlepas edisi kali ini, jangan risau. Banyak lagi peluang dan program akan datang. Anda boleh follow perkembangan terkini melalui laman rasmi TikTok Shop untuk maklumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×