Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan jadual perjalanan MySawasdee tahun 2026, perkhidmatan tren sewa popular yang menghubungkan KL Sentral, Kuala Lumpur dengan Hat Yai, Thailand.
Beroperasi pada hujung minggu dan cuti terpilih sepanjang tahun, tren MySawasdee tahun 2026 menawarkan pengalaman perjalanan merentas sempadan yang mudah dan pemandangan indah bagi mereka yang ingin melancong ke utara Thailand.
Baca juga: Ini 5 Lapangan Terbang Paling Kecut Perut, Juruterbang Pun Tak Senang Duduk Bila Nak ‘Landing’!
TIKET MYSAWASDEE TAHUN 2026 DIBUKA, BOLEH MULA TEMPAH

Tiket Tren MySawasdee dari KL Sentral ke Hat Yai bagi perjalanan 2026 kini dibuka untuk jualan! Tambang bermula dari hanya RM95 sehala.
Tarikh perjalanan 2026, berlepas dari KL Sentral:
- 30 Jan, 27 Mac, 10 Apr, 15 Mei
- 21 Ogos, 25 Sep, 23 Okt, 30 Okt
- 13 Nov, 26 Nov, 11 Dis, 17 Dis, 31 Dis
Pulang dari Hat Yai:
- 2 Feb, 30 Mac, 13 Apr, 18 Mei
- 24 Ogos, 28 Sep, 26 Okt, 2 Nov
- 16 Nov, 29 Nov, 14 Dis, 20 Dis, 3 Jan 2027
Harga tiket (sehala):
- Tempat duduk: RM95
- Katil atas: RM109
- Katil bawah: RM119

Masa perjalanan:
– Dari KL Sentral: Bertolak 10:30 PM, tiba di Hat Yai 8:50 AM
– Dari Hat Yai: Bertolak 10:20 AM, tiba di KL Sentral 11:15 PM
Stesen persinggahan:
- KL Sentral
- Sungai Buloh
- Ipoh
- Taiping
- Padang Besar
- Hat Yai
Rancang percutian anda ke Hat Yai sekarang dan tempah tiket melalui link ini, aplikasi KITS Style atau kios tiket KTMB.
Rancang percutian anda ke Hat Yai lebih awal dan nikmati pengalaman perjalanan merentas sempadan yang lancar bersama perkhidmatan tren MySawasdee 2026 daripada KTMB.
Sumber: Facebook KTM Berhad
