Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail, mengesahkan bahawa tiga rakaman suara berdurasi antara 44 saat hingga hampir dua minit itu sememangnya merupakan perbualan antara remaja perempuan berusia 13 tahun itu dan ibunya, Noraidah Lamat.
PEGUAM SAHKAN 3 RAKAMAN SUARA YANG TULAR

Rakaman kedua
Rakaman-rakaman tersebut memperdengarkan luahan ketakutan, kebimbangan dan tekanan yang didakwa dialami Allahyarham akibat gangguan oleh sekumpulan pelajar senior.
Melalui rakaman kedua berdurasi 44 saat yang tular sepanjang minggu ini, jelas kedengaran ketakutan dan kebimbangan yang dialami oleh remaja itu terhadap seorang pelajar dikenali sebagai ‘Kak M’.
“Mak, Zara takut terjumpa ‘Kak M’, dia masih lagi… Haritu Zara minta tolong ada orang ni kan, cuba kau tanyakan dekat adiknya, cuba kau tanyakan dekat si ‘Kak M’, masih lagikah dia ada masalah dengan aku. Lepas itu, ‘Kakak M’ tu bilang, ‘iya, aku masih lagi nda maafkan si Zara’, mak…” kata suara tersebut.
Nada suara Zara dalam rakaman tersebut jelas memperlihatkan keresahan terhadap ancaman yang pernah diterimanya.
“Kalau dia buat juga, macam mana? Haritu dia pernah bilang, ‘kalau aku touch kau ni, berdarah-darah kau ni’. Kalau dia buat, mak, apa jadi?” soal Zara kepada ibunya.
Tarikh sebenar perbualan tersebut tidak diketahui, namun menurut peguam Hamid dan pasukannya, ia pernah dirujuk sebelum ini dalam kenyataan rasmi mereka.
Baca juga: TERKINI! Ini 7 Intipati Penting Dari Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Arwah Zara Qairina
Rakaman ketiga
Dalam rakaman ketiga berdurasi satu minit 36 saat, Zara turut menceritakan pengalaman rakannya, Yasmin, yang didakwa menjadi mangsa gangguan pelajar senior susulan satu dakwaan fitnah.
“Mak, mak jangan sebut mak. Kak M ada sini… Mak tahu kan, yang Zara ‘call’ semalam tu kan, ngam-ngam malam tu, tiba-tiba si Yasmin kena panggil ke kelas mereka Tingkatan Empat.
“Mak, dia hampir kena ‘touch’ semalam… Nasib baik Zara tidak kena panggil, mak,” jelas Zara lanjut.
Zara menjelaskan bahawa Yasmin dituduh menyebarkan cerita palsu tentang seorang pelajar perempuan yang dikatakan menyukai pelajar lelaki. Walaupun Yasmin menafikan dan bersumpah dengan al-Quran, tekanan terus diberikan kepadanya.
“Dia kena fitnah, gara-gara dia bilang Kak Minas tu syok senior, rupanya dia kena fitnah. Si Yasmin ni yang dikatakan begitu. Sudah si Yasmin cakap begitu (tak betul), si Yasmin siap bersumpah pegang al-Quran lagi,” katanya.
Baca juga: Kak Wana, Kak Dedeng & Tomboi, Antara 60 Individu Dipanggil Polis Dalam Kes Zara Qairina!
Rakan keempat
Dalam rakaman keempat, Zara menyambung cerita dengan menggambarkan bagaimana rakan-rakannya tidak mampu menolak arahan pelajar senior kerana rasa takut dan tekanan psikologi.
“Mak, mak… Masalahnya macam mana dia tidak pergi… Kakak tu sendiri yang cari dia di kelas, lepas tu kakak tu sendiri suruh, ‘kau pergi naik atas sekarang’. Lepas tu kakak tu ikut dia dari belakang… Macam mana dia mahu lari?
“Si Yasmin pun ikut… Masuk-masuk saja ke kelas, terus dia menangis, mak. Lama mak (dipanggil)… Mahu dekat satu jam begitu,” kata Zara.
Zara sendiri mengakui bahawa sekilas renungan daripada pelajar senior sudah cukup membuatkannya rasa takut.
“Haritu pun dia tengok-tengok Zara sekilas, sudah Zara takut… Apa lagi ini,” katanya dalam rakaman yang berdurasi hampir dua minit.
Rakaman suara antara dua beranak itu menarik perhatian warga maya selepas kematian Zara Qairina dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sekolah berkenaan.
Baca juga: Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anaknya Digali Semula, Tuntut Jawapan Punca Kematian Arwah!
Sumber: Sinar Harian
