Tiga nyawa terkorban, termasuk dua kanak-kanak, dalam kemalangan di Kulim yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Kob, Kulim, petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta Viva, Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, serta dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan, 4 dan Muhammad Affan Mikhael, 2.
KEMALANGAN DI KULIM, BAPA & DUA ORANG ANAK MAUT

Menurutnya, seramai lima anggota dari BBP Kulim Hi-Tech yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohamad Yazan Yahaya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima makluman.
“Hasil laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah Perodua Viva dan sebuah Proton S70, dengan tiga mangsa dilaporkan tersepit di dalam salah sebuah kenderaan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi mendapati kedua-dua kenderaan terbabit bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan. Pemandu Perodua Viva dilaporkan tersepit, manakala dua kanak-kanak lelaki turut berada di dalam kenderaan berkenaan.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Dalam pada itu, Azmir memaklumkan Proton S70 terbabit telah terbakar, namun pemandunya iaitu seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke Hospital Kulim menggunakan ambulans KKM.
Menurutnya lagi, dua kanak-kanak lelaki yang berada di tempat duduk penumpang Perodua Viva berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam, manakala pemandu kenderaan itu dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas.
Operasi memadam kebakaran kenderaan yang terbakar turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulim dengan menggunakan satu salur bantu mula sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.
Baca juga: Rupanya Ada 3 Jenis Solat Makmum Tak Boleh Ikut Imam, Jangan Sampai Solat Jadi TAK Sah!
Sumber: Berita Harian
