Euforia Bola 2026
gaya hidup

Tidak Puas Hati? Pulangkan Sahaja Dalam 30 Hari, TikTok Shop Tanggung Kos Pos.

Tipulah kalau kita sentiasa yakin dengan pembelian online, betul tak?

Apatah lagi bila nak membeli barangan berjenama, kadang-kadang tu sampai juling anak mata baca review demi nak memastikan barangan yang diterima original dan sama seperti yang diiklankan.

Bukan apa, sesetengah barangan yang dibeli memiliki proses pemulangan semula yang sangat rumit. Pening kepala dibuatnya.

Nasib baik TikTok Shop Mall dah umumkan Polisi Pemulangan Percuma selama 30 HARI. Lepas ni bolehlah berbelanja dengan lapang dada.

TikTok Shop Mall tawar 30 hari pemulangan percuma!

Bagi anda yang belum tahu, baru-baru ini TikTok Shop Mall dah umumkan Polisi Pemulangan Percuma selama 30 HARI untuk semua produk berjenama tulen yang dibeli di platform mereka.

Jika sebelum ini anda perlu memulangkan barangan dalam tempoh  15 hari, kini TikTok Shop Mall upgrade jadi 30 hari dan lebih menarik lagi, selepas ini kos penghantaran untuk pemulangan barangan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh TikTok Shop!

Beli barang berjenama tanpa was-was

Menurut Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, langkah ini adalah untuk memberi lebih keyakinan dan ketenangan kepada pengguna ketika membeli-belah.

“Keyakinan pengguna sangat penting dalam dunia e-dagang. Polisi ini bukan saja lindungi pembeli, tapi bantu jenama dan peniaga tempatan untuk bina kepercayaan pelanggan,” katanya.

Tambahnya lagi berdasarkan soal selidik yang dijalankan, lebih 80% pengguna lebih yakin untuk membeli bila ada jaminan pemulangan sebegini.

Jika barangan barangan yang sampai tidak memenuhi keperluan, rosak atau tak sama seperti yang diiklankan, anda boleh pulangkan terus melalui aplikasi.Mudah!

Selain itu, dengan memanfaatkan polisi Pemulangan Percuma 30 Hari dan Jaminan Ketulenan 100% yang ketat oleh TikTok Shop Mall, jenama-jenama serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan akan dapat membina kredibiliti, mempercepat kadar penukaran jualan, serta menggalakkan pembelian berulang.

Ribuan jenama besar & tempatan terlibat

Polisi ni hanya sah untuk produk yang ada lencana ‘Mall’ di TikTok Shop – maksudnya produk tersebut memang disahkan asli dan berkualiti tinggi.

Antara jenama yang terlibat termasuk:

  • CLEF Beauty
  • Christy Ng
  • BONIA
  • Dododots
  • Lancôme
  • PUMA
  • PensoniC
  • Johnson’s Baby
  • Dan banyak lagi!

Jadi, lepas ini anda tak perlu lagi rasa ragu-ragu bila nak berbelanja. Tak kisahlah sama ada anda beli untuk diri sendiri atau ahli keluarga, semuanya terjamin selamat dengan Polisi Pemulangan Percuma selama 30 HARI, TikTok Shop Mall.

Cuma anda kena pastikan barangan yang hendak dipulangkan mestilah masih dalam keadaan baik. Bukan dah guna baru nak pulangkan.

Bagi para penjual, anda tak perlu bimbang sebab sistem ini turut melindungi anda daripada pemulangan yang tak adil. Win-win situation untuk semua!

Kesimpulannya, beli-belah dengan tenang di TikTok Shop Mall!

Layari Akademi TikTok Shop untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan TikTok Shop Mall.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×