Euforia Bola 2026
Nur

Kisah Sejarah Hebat 6 Tiang Raudhah Dalam Masjid Nabawi, Ramai Yang Belum Tahu Rupanya…

tiang raudhah

Di dalam Masjid Nabawi terdapat satu kawasan yang sangat mulia digelar sebagai Raudhah. Di mana, kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Mungkin ada yang belum mengetahui, bahawasanya terdapat 6 tiang Raudhah yang penting dan bersejarah di dalamnya.

Nak tahu dengan lebih lanjut kisah-kisah hebat mengenai 6 tiang Raudhah ini, ikuti perkongsian Azrul Zabani di bawah.

Baca juga: Tular Kaedah Ruqyah Rendam Kertas Ayat Suci Al-Quran & Diminum, Mufti Jelaskan Hukumnya!

TIANG RAUDHAH YANG BERSEJARAH

Jom kita kenali 6 tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Tiang-tiang ini bukan sembarangan kerana suatu masa dahulu ada kisah yang hebat disebaliknya.

Antara tiang tersebut ialah:-

Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!

1. Tiang Sarir

tiang raudhah

Gambar: Tiang Sarir (Tempat Nabi berehat dan tempat Aishah menyisir rambut Nabi) anak panah hijau. – Azrul Zabani

Tiang ini suatu masa dahulu adalah di mana tempat Nabi Muhammad SAW berehat. Dan di sini dahulu ada pangkin di mana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi.

2. Tiang Ali / Tiang Pengawal

masjid nabawi

Gambar: Azrul Zabani

Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai tempat untuk mengawal dan menjaga rumah Nabi Muhammad S.A.W. Di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.

3. Tiang Wufud (Deligasi)

tiang wufud delegasi

Gambar: Azrul Zabani

Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.

4. Tiang Aishah

masjid nabawi

Gambar: Tiang Aishah (tiang ini sangat istimewa) – Azrul Zabani.

Tiang ini sangat istimewa, di mana di tiang inilah Nabi Muhammad SAW selalu mengerjakan solat tahajud dan solat taubat setiap malam.

Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kalau masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ini. Mintak doa banyak-banyak.

Baca juga: Senarai Lengkap Turutan Solat Sunat, Dari Awal Pagi Hingga Tibanya Malam!

Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)

tiang raudhah

Gambar: Ustuanah (tiang) Abu Lubabah / Tiang Taubat (anak panah biru) – Azrul Zabani

Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad SAW.

Akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad SAW, dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.

6. Tiang Muhallaqah

masjid nabawi

Gambar: Ini Tiang Ustuanah Muhallaqah (tiang pokok kurma menangis) – Azrul Zabani.

Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok kurma. Batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu.

Lalu Nabi Muhammad SAW berkata kepada pokok tu, “kau akan kekal dengan aku di syurga dengan batang pokok seperti ini,” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru.

Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.

Melalui portal Maktabah Al-Bakri ada menyatakan, Tiang Al-Mukhallaqah merupakan satu tiang yang terletak bersebelahan dengan mihrab. Al-Mukhallaqah bermaksud ‘yang disapukan padanya wangian’.

7. Mehrab Nabi

mehrab nabi

Baca juga: Ini ialah Mehrab Nabi (Mehrab baru) (anak panah biru) – Azrul Zabani.

Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru). Di Mehrab inilah Nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau.

Kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudah cubalah untuk solat betul-betul depan mehrab ini. Tuan-tuan seolah-seolah telah bersujud di telapak kaki Nabi.

Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu-Lu’luah al-Nahawandi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Saya kongsikan maklumat ini kepada semua.

Kadang-kadang jemaah masuk Raudhah mereka tak tahu nak tuju untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat sahaja dekat mana yang boleh. Jadi, sekarang dah tahulah kawasan mana yang nak ditujui.

Tulisan ini, saya buat adalah juga bertujuan untuk rujukan saya semasa bawa jemaah mengerjakan umrah.

Baca juga: Dah Lafaz Cerai Tapi Belum Disahkan Di Mahkamah, Boleh Bersetubuh Ke?

Sumber: Azrul Zabani

FT Image: Azrul Zabani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×