Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Masterkie1971 telah memuat naik konten di akaunnya dengan menyatakan ramai tertinggal MyKad di sebuah stesen minyak.
Difahamkan ditinggalkan oleh pelanggan selepas digunakan bagi tujuan pembayaran atau pengisian petrol bersubsidi menerusi program Budi Madani RON95 (Budi95).
RAMAI TERTINGGAL MYKAD DI STESEN MINYAK

Menerusi video perkongsian itu, dapat dilihat pihak stesen minyak meletakkan kad pengenalan yang tertinggal di kawasan kaunter bayaran, bagi memudahkan pemilik kad menemuinya semula.
“Sekarang ini makin ramai yang terlupa ambil semula MyKad lepas isi minyak. Takkan nak ingatkan hari-hari, kadang-kadang memang kita terlupa juga,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman hampir tertinggal MyKad di stesen minyak selain ada juga yang turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah berada dalam situasi berkenaan.
“Dulu guna untuk urusan rasmi sahaja. Sekarang sentiasa nak keluarkan. Risau pulak cepat rosak, dah nak ganti kena cas tulis.
“Saya pon isi ron95 tak pernah lupa pun MyKad dan saya cukup bersyukur dengan adanya bantauan RON95 dengan harga RM1.99. Terima kasih,” komen pengguna media sosial.
Media sebelum ini melaporkan bahawa penggunaan MyKad dalam sistem Budi95 terbukti lebih efisien berbanding data yang diperoleh melalui Sistem Pangkalan Data Utama.
Sebagai tambahan, keberkesanan penggunaan MyKad turut dilihat dalam pelaksanaan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah.
Baca juga: “Kiri Kanan Saya Hanya Sungai..” Ibu Sesat Dalam Hutan 3 Jam Dengan Anak Usia 3 Bulan
Sumber: TikTok
