Euforia Bola 2026
Sihat

Doktor Kongsi Cerita Sebenar Pesakit Hampir Maut Akibat Tersedak Muntah! “Dia Makin Susah Bernafas”

tersedak muntah

Tersedak muntah mungkin kelihatan seperti satu perkara remeh tetapi sebenarnya boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan segera.

Keadaan ini akan mengakibatkan saluran pernafasan pesakit menjadi tersumbat sehingga kekurangan oksigen yang berisiko menyebabkan komplikasi serius seperti dikongsikan oleh Dr Nurul Yaqeen ini.

Baca juga: Lebih 10K Ubat Kurus Ini Sudah Terjual, Taksub Nak Langsing Sampai Nyawa Jadi Taruhan!

HAMPIR MAUT AKIBAT TERSEDAK MUNTAH, DOKTOR KONGSI KISAHNYA

tersedak muntah

Malam itu, saya baru selesai merawat pesakit terakhir di wad apabila telefon berbunyi.

“Doktor, ada kes kecemasan! Pesakit sesak nafas teruk, kemungkinan ‘aspiration pneumonia’!”

“Apa yang berlaku, puan?” saya bertanya.

“Dia muntah teruk dalam kereta tadi, lepas itu terus batuk dan sesak nafas. Kami fikir dia hanya tersedak biasa, tapi makin lama makin susah nak bernafas!” jawab isterinya.

Doktor kemudiannya meneliti keputusan x-ray dan mendapati bahagian kanan paru-paru pesakit itu telah dijangkiti kerana muntah tersebut.

“Muntahnya sudah masuk ke paru-paru, menyebabkan aspiration pneumonia—jangkitan paru-paru yang sering berlaku apabila makanan, air liur, atau muntah masuk ke saluran pernafasan.

“Ini adalah keadaan yang boleh membawa maut. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh mengalami kegagalan pernafasan. Kami perlu lakukan bronkoskopi segera untuk bersihkan paru-paru,” ujar doktor kepada ahli keluarga.

Selepas mendapat persetujuan daripada ahli keluarga, pihak hospital membawa pesakit ke bilik prosedur dan tiub bronkoskop dimasukkan ke dalam saluran pernafasannya.

Doktor mendapati bahawa sisa muntah masih berada di paru-parunya lalu proses menyedut keluar semua bendalir yang tersekat dan mencuci saluran pernafasan sebersih mungkin.

Selepas prosedur selesai, pesakit diberikan antibiotik kuat untuk membunuh bakteria yang mungkin telah merebak.

Perlu diingatkan bahawa:

– Aspiration pneumonia bukan perkara ringan. Jika muntah diikuti dengan batuk, sesak nafas, atau demam, segera dapatkan rawatan.

– Ia lebih kerap terjadi pada golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, pesakit strok, dan peminum alkohol tegar.

– Paru-paru kanan lebih kerap terkesan kerana anatomi saluran pernafasannya lebih lurus, menyebabkan cecair mudah masuk.

– Bronkoskopi adalah prosedur penting untuk membersihkan saluran pernafasan dan mengelakkan komplikasi lebih serius.

– Jangan remehkan tersedak muntah kerana boleh membawa maut jika tidak ditangani segera!

Baca juga: Pesakit Kanser Kongsi Cara Rawat Penyakit Bawa Maut Ini Cara Semula Jadi, InsyaAllah Mujarab…

Sumber: Facebook Dr Nurul Yaqeen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×