Euforia Bola 2026
Asuh

Tular Terapi Bedung ‘Konon’ Boleh Rawat Anak Lambat Bercakap, Pakar Tegur Semua Ini Tak Masuk Akal!

TERAPI KANAK-KANAK

Tular baru-baru ini di media sosial, sebuah pusat terapi kanak-kanak mempromosikan kaedah yang dinamakan sebagai terapi bedung kononnya untuk merawat si kecil yang mengalami masalah lambat bercakap, kurang fokus, autisme, ADHD dan pelbagai gangguan perkembangan lain.

Kaedah ini mendapat perhatian meluas namun rata-rata warganet, termasuk kalangan pakar, mengecam pendekatan tersebut kerana dianggap tidak masuk akal dan tidak berasaskan bukti saintifik.

Baca juga: Ramai Tersentuh! Ibu Tunggal Dukung Bayi 8 Bulan, Jadi Badut Tepi Jalan Demi Mencari Wang…

TERAPI KANAK-KANAK GUNA CARA BEDUNG, TAK MASUK AKAL

TERAPI KANAK-KANAK

Seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang terapi pediatrik tampil memberikan penjelasan serta amaran kepada para ibu bapa.

Menurutnya, tidak wujud sebarang istilah terapi bedung, ikat, rawatan hormon atau urutan neuro untuk merawat kanak-kanak yang mengalami autisme, ADHD, kelewatan pertuturan mahupun masalah pembelajaran. Pendekatan sedemikian bukan sahaja tidak mempunyai asas saintifik, malah boleh memudaratkan emosi dan fizikal kanak-kanak.

Dalam perkongsian tersebut, dia melahirkan rasa simpati terhadap seorang kanak-kanak yang dilihat meronta-ronta kerana tidak selesa dan mungkin kesakitan ketika dibedung secara paksa dalam sesi terapi tersebut. Keadaan ini dilihat sebagai satu bentuk penderaan dan bukan rawatan.

“Perkara yang saya selalu kongsikan pada ibu-bapa, dalam kita berusaha mencari jalan untuk membantu anak kita, akan banyak individu yang akan mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Tak ada istilah terapi bendung, ikat,h ormon, urut Neuro untuk anak-anak autism, ADHD, speech delay dan masalah pembelajaran.

TERAPI KANAK-KANAK

“Kesian adik ini dia melawan meronta sebab dia sakit di ikat sedemikian,untuk ibu-bapa tolong jangan percaya program-program begini,” jelasnya.

Selain tidak membantu, pendekatan yang salah boleh membawa kepada kesan jangka panjang seperti trauma, ketakutan melampau dan gangguan emosi. Kanak-kanak yang memerlukan bantuan khas seharusnya dibimbing melalui kaedah intervensi yang sah, berasaskan bukti dan dijalankan oleh pakar yang bertauliah.

“Program terapi yang tidak bertauliah begini akan menyebabkan kondisi anak semakin memburuk hidup dalam ketakutan dan trauma,” nasihatnya.

Baca juga: Pelanggan Kecam Beli ‘Candy Grape’ Kelantan, Dalam Iklan Terliur Habis Tapi Realiti Macam Kedondong!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×