Euforia Bola 2026
Percutian

6 Lokasi Bulan Madu Di Switzerland Buat Hati Berbunga-Bunga, Cinta Pasti Makin ‘Hangat’!

tempat menarik di switzerland

Terlalu banyak tempat menarik di Switzerland dan pastinya sesuai dijadikan destinasi bulan madu terutamanya buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Negara ini menawarkan kombinasi sempurna antara pergunungan Alpen yang bersalju, danau jernih berkilauan, kota-kota menawan dan penginapan kelas dunia.

Baca juga: 5 Hari di Hong Kong Untuk Muslim Traveller, Ternyata Banyak Makanan Halal & Pengalaman Paling Seronok!

TEMPAT MENARIK DI SWITZERLAND UNTUK BULAN MADU, SERONOKNYA

TEMPAT MENARIK DI SWITZERLAND

Freepik

Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk bulan madu di Switzerland yang wajib dikunjungi:

1. Zermatt dan Gunung Matterhorn

Zermatt adalah destinasi utama bagi pasangan pencinta alam dan salju. Terletak di kaki Gunung Matterhorn yang ikonik, kota ini menawarkan pengalaman bulan madu dengan latar belakang puncak gunung dan udara yang segar.

Aktiviti boleh dilakukan:

  • Naik kereta gantung ke Glacier Paradise
  • Menginap di chalet mewah
  • Menikmati makan malam romantik dengan pemandangan gunung bersalji

2. Tempat menarik di Switzerland – Interlaken

TEMPAT MENARIK DI SWITZERLAND

Dikenali sebagai gerbang ke Pegunungan Alpen Bernese, Interlaken adalah tempat ideal untuk anda dan pasangan.

Antara aktiviti romantik boleh dicuba:

  • Naik kereta ke Jungfraujoch, stesen tertinggi di Eropah
  • Bersantai di kapal pesiar Danau Thun atau Danau Brienz
  • Piknik di taman Höhematte dengan latar pegunungan yang megah

3. Lucerne

Lucerne adalah kota tua yang memikat dengan jambatan kayu bersejarah, bangunan bergaya abad pertengahan dan danau tenang. Tempat ini sesuai untuk pasangan yang ingin menikmati perpaduan budaya, sejarah selain alam.

Aktiviti boleh dilakukan:

  • Menyusuri Kapellbrücke (jembatan kayu ikonik)
  • Makan malam romantik di restoran tepi Danau Lucerne
  • Naik kapal ke Mount Pilatus atau Mount Rigi

4. Lauterbrunnen

Lauterbrunnen bagaikan lukisan hidup yang dikelilingi tebing tinggi dan air terjun dramatis. Desa ini sangat tenang dan sesuai untuk pasangan yang ingin suasana tenang dan dekat dengan alam semula jadi.

Aktiviti romantik:

  • Menjelajah 72 air terjun di sekitarnya
  • Hiking ke desa Wengen atau Mürren
  • Berfoto dengan latar lembah yang menawan

5. Montreux

TEMPAT MENARIK DI SWITZERLAND

Terletak di tepi Danau Geneva, Montreux adalah kota yang romantis dengan nuansa Mediterania. Cocok bagi pasangan yang ingin menikmati musik, anggur, dan pesona Swiss Riviera.

Aktiviti romantik boleh dicuba:

  • Mengunjungi Château de Chillon yang ikonik
  • Menyusuri promenade Montreux sambil menikmati angin danau

6. St. Moritz

Bagi pasangan yang menginginkan bulan madu bergaya glamor, St. Moritz adalah pilihan terbaik. Kota ini menawarkan layanan eksklusif, hotel lima bintang dan pemandangan gunung yang menakjubkan.

Aktiviti romanrik:

  • Spa mewah dengan pemandangan Alpen
  • Makan malam di restoran Michelin
  • Naik kereta Glacier Express untuk pengalaman perjalanan yang spektakuler

Tips bulan madu di Switzerland

Waktu terbaik untuk bulan madu di Switzerland adalah pada April–Jun dan musim gugur (September–Oktober) kerana menawarkan cuaca yang menyenangkan.

Pengangkutan: Gunakan Swiss Travel Pass untuk kemudahan naik kereta dan transportasi umum lainnya

Penginapan: Pilih hotel butik atau chalet peribadi untuk suasana lebih intim dan romantik

Switzerland adalah syurga bagi pasangan yang ingin menikmati bulan madu dengan segala kemewahan, keindahan dan ketenangan.

Baca juga: Trick Duduk Hotel 5 Bintang Tapi Harga ‘Bajet’, Kena Buat Macam Wanita Ini Kongsi!

Sumber: Lonely Planet

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×