Siapa sangka jumlah pusat beli belah di Kuala Lumpur pada tahun 2024 sudah pun mencecah lebih 80 buah. Ada yang memilih untuk memenuhi keperluan pengalaman beli belah premium serta mewah, dan ada juga yang memilih untuk berubah kepada pusat beli belah hiburan keluarga.
Berjaya Times Square Kuala Lumpur (BTSKL) mula membuka pintunya kepada orang ramai pada September 2003, dan kini sudah pun berusia 21 tahun. Untuk berdaya saing dan kekal relevan, BTSKL mula mengorak langkah menjadi pusat beli belah hiburan keluarga dengan akses mudah kepada pilihan kulinari (makanan), fesyen dan hiburan.
@mysiraplimau 5 tempat untuk hiburan keluarga di @Berjaya Times Square KL ! 1. Go Kart BTSKL 2. Bomb Battle 3. Karaoke Manekineko 4. Berjaya Times Square Theme Park 5. Haunted House #siraplimau #berjayatimesquarethemepark
♬ original sound – Sirap Limau Official – Sirap Limau Official
6 Lokasi Berhibur Mesra Keluarga di Berjaya Times Square Kuala Lumpur
Go Kart BTSKL
Antara yang baru di BTSKL adalah pengalaman menaiki go-kart elektrik di trek berlampu neon, dibina di tapak parkir yang diubahsuai.

Pengunjung boleh memilih, Go Kart Basic kit dengan kelajuan 24km/j atau yang sukakan kelajuan, boleh memilih Go Kart Pro Kit dengan kelajuan maksima 40 km/j.
Harga masuk : RM40 (10 minit) | RM10 *bagi pemegang tiket Berjaya Times Square Themepark
Lokasi : B3 Carpark (Central)
Bomb Battle
Direka sebagai destinasi hiburan berkumpulan, permainan berteknologi tinggi ini mencabar kecekapan pemain untuk meredakan fius bom cat (paint bomb) sebelum masa 75 minit berakhir. Jika gagal, bom cat akan meletup.
Harga masuk : Dari RM89 per person | 75 minit
Lokasi : 07-96, Level 7
Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah
Karaoke Manekineko

Bagi yang kaki karaoke, sinilah tempat yang perlu dituju! Karaoke Manekineko merupakan francais karaoke dari Jepun, dengan bilik yang up-to-date dan pilihan bar layan diri, snek dan minuman ringan tanpa had.
Lebih menarik, cawangan di BTSKL ini mempunyai (2) unit bilik mesra kanak-kanak, dengan kemudahan yang mesra keluarga. Siap ada mainan untuk anak-anak bermain.
Harga masuk : RM12 (1 jam) RM25 (3 jam) | Kanak-kanak bawah 6 tahun PERCUMA
Lokasi : 01-52, Level 1 (East)
Jungle Gym
Ibu bapa yang inginkan “me time” dan ingin anak-anak berseronok boleh membawa mereka ke Jungle Gym BTSKL. Taman permainan ini fokus kepada pembangunan skil motor seperti keseimbangan, koordinasi dan kekuatan.

Anak-anak boleh bermain dan membuat interaksi sosial dan memupuk kreativiti mereka melalui permainan yang ada. Jangan risau kalau anak-anak sakan bergayut, melompat dan terjun, kerana di Jungle Gym, segala aspek keselamatan diambil serius.
Harga masuk : RM66 (>2 tahun), RM35 (< 2 tahun) | ibu bapa/penjaga RM10
Lokasi : 03-101C, Level 3 (Central)
Ninja Jungle Gym
Merupakan obstacle course playland pertama dari Jungle Gym, dengan rope course, balancing course dan macam-macam lagi. Taman permainan ini sesuai untuk kedua ibubapa dan anak-anak. Bolehlah bermain sekali!

Harga masuk : RM48 (dewasa), RM48 (kanak-kanak 4 tahun >)
Lokasi : 03-112, Level 3 (East)
Berjaya Times Square Theme Park

Siapa tak kenal taman tema ini, pernah mendapat jolokan taman tema indoor pertama di Malaysia sejak penubuhanya pada 2003. Menariknya taman tema ini, ia dibahagikan kepada dua bahagian, Galaxy Station (hiburan dewasa) dan Fantasy Garden (kanak-kanak).

Rasai pengalaman 180 darjah Virtual Reality dengan Xperia
Walaupun telah lama beroperasi, Berjaya Times Square Theme Park kekal relevan dengan ride ikonik mereka, Supersonic Odyssey (roller coaster). Ia turut dikemas kini dengan tambahan baru seperti Winter Wonderland Snow Town & 7D Xperia.
Harga masuk : RM75 (dewasa), RM65 (kanak-kanak), RM22 (warga emas/OKU)
Lokasi : Level 5 & Level 7
Baca juga : Healing Di Kebun & Kolam Udang Tengah Bandar, Lokasi Menarik Untuk Riadah Keluarga
