Euforia Bola 2026
Percutian

Tempat Makan ‘Viral’ Sekitar Clock Tower & Masjidil Haram, Pilihan Sedap Untuk Jemaah Di Mekah

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Tempat makan di Mekah menjadi antara perkara penting yang sering dicari oleh jemaah, terutama bagi mencari hidangan yang sesuai untuk menambah tenaga selepas menunaikan ibadah di sekitar Masjidil Haram.

Perkongsian daripada Noor Atikhah Mohd Nor ini ada kongsikan beberapa pilihan tempat makan yang boleh dikunjungi sekitar kawasan Clock Tower dan Masjidil Haram, sekali gus memudahkan jemaah mencari lokasi makan yang sedap dan sesuai mengikut selera masing-masing.

Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Jimat RM20 Dengan Ayam Seekor, Lebih Berbaloi Dari Beli Makanan Lain!

TEMPAT MAKAN DI MEKAH YANG TENGAH VIRAL

Berikut antara lokasi yang dikongsikan:

1. Abraj Avenue

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Kawasan ini sering menjadi tumpuan untuk sarapan kerana pelbagai pilihan roti, kek dan pastry yang menepati selera ramai.

2. Crispy Rollo

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Crispy Rollo antara tempat makan di Mekah yang boleh anda kunjungi terutamanya pada waktu pagi. Menu Shawarma Baksha menjadi pilihan kerana harganya berpatutan dan boleh dinikmati 3 hingga 4 orang.

3. Cafe Moment

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Bagi yang mencari tempat makan di Mekah versi suasana santai, boleh singgah sebenatar di Cafe Moment yang menawarkan pelbagai pilihan menu.

“Wajib cuba Karak Tea dia sedap. Manisan pun ok tapi manis sikit. Coffee pun tak rugi cuba,” jelasnya.

4. Al Tazaj

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Bagi penggemar ayam goreng atau panggang, lokasi ini antara pilihan menarik kerana pelbagai pilihan menu.

5. B Laban

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Tempat ini juga tidak kurang popular dalam kalangan pengunjung. Lapisan kunafa rangup yang dibakar, digabungkan dengan krim dan susu manis, ditambah pula pilihan perisa seperti Pistachio dan Kinder Bueno. Pencuci mulut dari Timur Tengah ini memang kaya dari segi tekstur dan rasa, cukup memikat setiap suapan.

6. The Global View Nusantara

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Tempat makan di Mekah selanjutnya adalah The Global View Nusantara yang menyajikan pelbagai menu ala Indonesia.

“Lepas kerja Haji haritu memang kami dah kurang selera makan. Hari-hari kami pergi kedai ini, bakso dan jus delima dia sedap. Memang ramai dengan orang Indonesia. Orang Arab pun saya nampak memang tapau bakso. Ada juga jual nasi, boleh cuba ya.

“Ada satu tips saya nak share kalau beli nasi dalam 30 riyal lebih. Portion memang besar, 4 orang makan. Kami selalu tanya kalau ada kedai boleh buat portion kecil dalam 20 riyal lebih. Ada kedai ok dia bagi, dapatlah kami makan habis kalau portion kecil. Yang penting kena tanya,” tambahnya.

7. Ratio, Jabal Omar

TEMPAT MAKAN DI MEKAH

Bagi pencinta kopi, tempat ini antara yang disyorkan dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu Pistachio Latte.

“Pistachio latte ini sedap sangat, rare rasa dia. Wajib cuba ini dekat Ratio Jabal Omar. Kedai dia tepi jalan saja,” katanya.

Secara keseluruhan, terdapat pelbagai pilihan tempat makan di Mekah sekitar Masjidil Haram sama ada di Clock Tower, Jabal Omar dan kawasan berhampiran. Setiap lokasi menawarkan keunikan tersendiri, sesuai dengan citarasa jemaah dari pelbagai negara termasuk Malaysia.

Apa yang penting, pilih makanan yang sesuai untuk mengekalkan tenaga sepanjang beribadah. Dalam masa sama, nikmati juga pengalaman mencuba pelbagai hidangan sebagai sebahagian daripada kenangan indah di Mekah.

Baca juga: Peniaga Aiskrim Malaysia Kongsi Tip ‘Rare’ Elak Cepat Cair, Rupanya Letak Ais Dalam Kotak Itu Silap!

Sumber: Facebook Noor Athikhah Mohd Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×