Euforia Bola 2026
Famili

Gajikan Barista Sindrom Down, Kafe Kecil Ini Dapat Reaksi Positif Jadi ‘Buruan’ Pelanggan!

tempat kerja

Sebuah kafe kecil menjadi perhatian ramai di TikTok, selepas tular video yang mempromosikan suasana inklusif di tempat kerja dengan menggajikan barista istimewa. Ia memaparkan barista istimewanya yang merupakan individu dengan Sindrom Down.

Kafe itu bukan sahaja menyajikan kopi berkualiti, tetapi turut mengundang senyuman pelanggan menerusi layanan mesra serta kasih sayang yang tulus daripada para pekerjanya.

Baca juga: Gaji Ideal & Bermaruah Sudah Patut RM5 Ribu Ke Atas – Penganalisis Ekonomi

KAFE ‘KOPI KAMU’ TEMPAT KERJA INKLUSIF UNTUK ISTIMEWA

tempat kerja

Gambar TikTok @lalapoong.

Menerusi video dari seorang pengguna TikTok, dapat dilihat, interaksi barista tersebut dengan dengan pelanggan di kafe yang dikenali sebagai Kopi Kamu.

Bahkan, mata yang melihat hantaran tersebut juga disajikan dengan semangat dan keikhlasan barista itu dalam menyediakan minuman, lengkap dengan senyuman yang menceriakan suasana di situ.

Baca juga: Bekas Guru Tak Setuju Larangan Raikan ‘Straight A’ SPM, “Nak Jaga Hati Pelajar Lain Punya Pasal!”

Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!

Video tersebut yang telah mencapai 12.9 juta jumlah tontonan dan 1.7 juta tanda suka sehingga kini, turut dibanjiri doa dan pujian di ruangan komen.

Mereka turut terharu dengan sikap pemilik kafe, Rocky J. Pesik, yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), khususnya mereka dengan sindrom Down.

“Semoga ini jadi jalan pintas tuan kedai ke syurga,”

“Memerlukan banyak kesabaran dan pemahaman untuk melakukan ini. Tabik kepada mereka semua.

“Comelll nyaaa semuaaa,”

“Masya Allah, sihat selalu buat adik-adik terutama untuk pemilik kafe,” antara komen yang ditinggalkan pengguna TikTok, mewakili perasaan ramai yang tersentuh dengan usaha murni ini.

Baca juga: Rakyat ‘Bising’ Jalan Sesak Teruk Sempena Lawatan Presiden China, Bekas Pegawai Polis Kongsi Sebabnya!

tempat kerja

Gambar TikTok @lalapoong.

Melalui sumber, Kopi Kamu telah menggaji tujuh pekerja dengan Sindrom Down sejak dibuka hujung tahun lalu dan menyediakan latihan serta sokongan agar mereka mampu berdikari.

Kini, kafe tersebut yang berada di Jakarta Selatan bukan sahaja dikunjungi pelanggan setianya, malah menarik perhatian pengikut media sosial yang ingin merasai sendiri suasana inklusif dan keramahan baristanya.

@lalapoong

akhirnya ketemu barista barista spesial ini di @Kopi Kamu Official , banyak cinta buat kalian 🥹🥺🤍🤍🤍 #fyp #tiktokviral #tiktok #coffeetiktok #downsyndrome #capcut #coffeeshop #barista

♬ Satu-Satu – Idgitaf

Baca juga: 2 Individu Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Shah Alam Semasa Banjir, Baca Tips Keselamatan Elak Situasi Ini

Sumber: TikTok @lalapoong

FT Image: TikTok @lalapoong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×