Keselamatan dalam kenderaan sering dikaitkan dengan penggunaan tali pinggang, beg udara dan teknologi pemanduan moden. Namun, satu lagi aspek penting ramai kurang ambil tahu adalah mengenai tempat duduk dalam kereta yang paling selamat bagi penumpang.
Kajian dan rekomendasi pakar menunjukkan bahawa tempat duduk dalam kereta memainkan peranan besar bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Baca juga: Tabiat Minum Susu Botol Sampai Tertidur Jadi Punca, Anak Kena Buang Semua Gigi Kerana Karies
TEMPAT DUDUK DALAM KERETA, YANG MANA PALING SELAMAT & BERISIKO

Freepik
Berdasarkan kajian keselamatan dan penilaian impak, kedudukan tengah di barisan tempat duduk belakang dianggap lokasi paling selamat dalam kenderaan. Ini kerana kedudukan tersebut berada paling jauh daripada titik impak utama, sama ada pelanggaran hadapan, belakang mahupun sisi.
Pakar keselamatan menerangkan bahawa tempat duduk belakang tengah berfungsi sebagai kawasan “buffer”, menjadikan penumpang kurang terdedah kepada hentaman langsung.
Selain itu, tempat ini juga jauh daripada beg udara hadapan, yang hanya direka untuk tubuh orang dewasa dan boleh membahayakan penumpang kecil.
Walaupun begitu, kedudukan ini hanya benar-benar selamat jika kenderaan dilengkapi tali pinggang tiga poin yang lengkap dan digunakan dengan betul.

Freepik
Jika ciri ini tiada, tempat duduk belakang bahagian penumpang merupakan alternatif terbaik kerana lebih mudah diakses dan kurang terdedah kepada trafik luar.
Tempat duduk penumpang hadapan dikenal pasti sebagai posisi paling berisiko dalam kenderaan. Ini kerana lokasi tersebut terlalu hampir dengan papan pemuka, cermin hadapan dan ruang impak utama semasa kemalangan.
Dari segi statistik pelanggaran sisi, bahagian penumpang lebih kerap terdedah kepada impak berbanding bahagian pemandu. Malah, ketika kemalangan, pemandu secara nalurinya akan mengelak bahagian dirinya, menyebabkan sisi penumpang lebih terdedah.
Secara umum, tempat duduk tengah di barisan belakang adalah lokasi yang paling selamat bagi kebanyakan penumpang, manakala tempat duduk penumpang hadapan merupakan posisi paling berisiko.
Baca juga: Makan Banyak Keropok Lekor Tepi Jalan Boleh Buat Anak Kurang Zat, Doktor Ini Jelaskan Risikonya
Sumber: Reader’s Digest
