Zaman sekarang, telefon bukan sekadar alat komunikasi. Ia jadi teman kerja, hiburan, dan cara kita ‘connect’ dengan dunia.
Tapi realitinya, nak tukar ke telefon flagship selalunya buat ramai berfikir dua kali sebab harga yang tinggi. Jadi, kalau anda jenis suka upgrade telefon tanpa nak pening kepala soal bayaran upfront atau kad kredit, yang ini memang patut ambil tahu.
Miliki telefon flagship tanpa bayaran pendahuluan

Menerusi Unifi Mobile, kini tersedia satu pilihan yang lebih fleksibel untuk anda miliki telefon idaman iaitu melalui pelan ansuran Unifi EzOwn. Secara ringkas, pelan ini membolehkan anda memiliki telefon 5G terkini dengan bayaran bulanan yang lebih ringan, tanpa perlu risau tentang kos tersembunyi.
Apa yang paling menarik tentang pelan ansuran Unifi EzOwn ialah ia tidak memerlukan sebarang bayaran upfront atau upfront payment. Anda boleh terus menggunakan telefon baharu tanpa perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar di peringkat awal. Selagi melepasi semakan kredit, proses pemilikan jadi lebih mudah, lancar dan bebas stres.
Tak ada kad kredit? Tak jadi masalah!
Ramai yang sebenarnya berminat dengan pelan ansuran, tapi terbatas sebab tak ada kad kredit. Dengan pelan ansuran Unifi EzOwn, kad kredit langsung tak diperlukan.
Ini menjadikan pelan ini lebih inklusif untuk golongan profesional muda, pekerja bebas, atau sesiapa yang nak urus kewangan dengan lebih terkawal.

Selain itu, tiada caj faedah dan tiada kos tersembunyi.
Dengan 0% faedah, anda boleh rancang kewangan dengan lebih tenang tanpa rasa terbeban di hujung bulan.
Sesuai untuk peminat telefon 5G & kaki streaming, siap dengan penghantaran percuma
Miliki telefon idaman anda dan nikmati pengalaman video terbaik tanpa gangguan. Sama ada anda layan drama kegemaran, gaming, atau tonton video beresolusi tinggi, rangkaian Unifi Mobile menyokong pengalaman 5G + 4G tanpa had yang lebih lancar dan memang ‘kena’ digandingkan dengan telefon flagship terkini.
Tambahan pula, anda akan dapat percuma akses Unifi TV selama 30 hari, jadi bolehlah layan lebih banyak hiburan sepanjang raya.
Lebih senang, pembelian secara online turut didatangkan dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, jadi telefon baharu anda akan terus sampai ke depan pintu rumah tanpa sebarang caj tambahan.
Ini masa terbaik untuk anda upgrade ke Unifi Mobile
Walaupun ramai masih kenal Unifi sebagai jenama internet rumah, Unifi Mobile kini semakin agresif menawarkan pelan telefon mudah milik yang relevan dengan gaya hidup semasa.
Unifi EzOwn membuka peluang untuk lebih ramai rakyat Malaysia memiliki telefon premium dengan cara yang lebih praktikal dan berbaloi, tanpa proses yang rumit. Kini turut tersedia model telefon terbaru seperti Samsung Galaxy S26 Series, vivo X300 Pro 5G dan banyak lagi!
Jom miliki telefon idaman anda dengan cara paling mudah!
Dengan pelan Unifi EzOwn, ia memudahkan pemilikan telefon 5G terkini melalui bayaran ansuran serendah RM38/bulan, tanpa faedah dan tanpa kad kredit. Ia pilihan ideal untuk mereka yang mahukan fleksibiliti, nilai terbaik dan pengalaman video yang lebih lancar.
Jadi, kalau anda dah lama terfikir untuk upgrade telefon tanpa stres kewangan, mungkin ini masanya.
Layari laman web Unifi Mobile sekarang untuk ketahui lebih lanjut tentang pelan ansuran Unifi EzOwn dan pilih telefon idaman anda hari ini.
Tertakluk kepada terma & syarat.
