Euforia Bola 2026
Dapur

Wanita Ini Dedah Cara Unik Simpan Lengkuas, Tak Kering Keras Walau Berbulan & Sentiasa Sedia Pakai!

simpan lengkuas

Simpan lengkuas dengan betul dapat memanjangkan jangka hayatnya dan mengelakkan pembaziran. Walaupun ia menjadi ramuan penting dalam banyak sajian tradisional Asia Tenggara, ramai masih belum tahu teknik terbaik agar bahan ini sentiasa segar dan sedia digunakan.

Lengkuas terkenal dengan rasa pedas beraroma yang mengangkat keenakan pelbagai hidangan seperti rendang, sup, mahupun sambal. Bukan sahaja masyhur di Malaysia, penggunaannya meluas di Indonesia, Thailand hingga Vietnam.

Baca juga: Resipi Kerabu Tauge Kerang Pucuk Paku, ‘Salad’ Tradisi Paling Istimewa Di Hati Orang Melayu!

TEKNIK SIMPAN LENGKUAS TAHAN LAMA & TAK KERING KERAS!

simpan lengkuas

Gambar Teresia Laleng Wang

Masalahnya, ramai hanya membeli lengkuas ketika diperlukan. Walaupun sudah disimpan di peti sejuk, ubi ini mudah kecut, keras atau rosak, mengakibatkan pembaziran bahan dan wang.

Ada yang cuba menyimpan tanpa dikisar, tetapi tetap tidak tahan lama. Justeru, mengetahui kaedah simpanan yang betul sangat penting bagi memastikan stok sentiasa tersedia.

Seorang pengguna Facebook, Teresia Laleng Wang, berkongsi satu cara praktikal yang memudahkan kerja memasak sambil menjimatkan kos. Petuanya bukan sahaja menjaga kesegaran lengkuas, malah mengelakkan daripada dibuang sia-sia.

“Ini bukan aiskrim, ini cara saya simpan lengkuas yang sudah dikisar. Bila-bila masa nak pakai, ambil sebatang dan kalau masakan tak banyak, boleh pakai setengah batang,” maklum wanita berkenaan.

Baca juga: Ramai Baru Tahu Ada 3 Jenis Santan Yang Dijual, Jangan Tersilap Beli Nanti Tak Sedap Rasa Masakan!

Langkah-langkah simpan lengkuas bertahan lama:

simpan lengkuas

Gambar Teresia Laleng Wang

  1. Bersihkan dan asingkan – Buang sisa tanah pada ubi dan pisahkan daun daripada batang lengkuas. Ini memudahkan proses seterusnya.
  2. Potong kecil-kecil – Ubi lengkuas agak keras. Potong kepada saiz sederhana supaya mudah dikisar dan tidak merosakkan bilah mesin pengisar.
  3. Kisar dengan sedikit air – Masukkan potongan lengkuas ke dalam pengisar bersama sedikit air. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga teksturnya halus.
  4. Isikan dalam plastik ais krim – Gunakan corong untuk memudahkan pengisian. Jangan isi terlalu penuh, tinggalkan ruang di hujung plastik untuk diikat atau disimpulkan.

Wanita ini turut berpesan kepada ahli keluarga, khususnya anak kecil supaya diberitahu bahawa plastik tersebut mengandungi lengkuas, bukannya ais krim bagi mengelakkan salah faham.

Dengan teknik mudah ini, lengkuas akan tahan lebih lama, sedia digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu lagi bersusah payah mengupas dan memotong setiap kali memasak.

Petua ringkas tetapi praktikal ini wajar dicuba bagi yang kerap menggunakan lengkuas dalam masakan harian.

Baca juga: Aroma Menusuk Jadi Terliur, Ini Resipi Sambal Bilis Bunga Kantan Sampai Tak Sempat Tunggu Lauk Lain!

Sumber: Teresia Laleng Wang

FT Image: Teresia Laleng Wang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×