Teknik sensori boleh membantu anak yang sukar makan atau picky eater dengan menstabilkan sensitiviti mereka terhadap tekstur dan rasa makanan.
Masalah ini bukan sahaja menimbulkan tekanan kepada ibu bapa semasa waktu makan, malah boleh menjejaskan pemakanan dan perkembangan anak secara keseluruhan.
Baca juga: Baru 4 Jam Hantar Anak Di ‘Playschool’, Ibu Kecewa Bila Pulang Muka Berbekas Merah & Jari Terkoyak!
TEKNIK SENSORI UNTUK ANAK PICKY EATER, GUNA BERUS INI

Freepik
Baru-baru ini, satu teknik dikenali sebagai brushing menjadi perhatian ramai sebagai salah satu kaedah yang boleh membantu mengatasi masalah ini.
Teknik sensori ini melibatkan penyapuan atau urutan pada badan, tangan dan kaki anak menggunakan berus lembut sebelum atau semasa waktu makan.
Tujuan teknik brushing ini dilakukan adalah untuk merangsang sistem sensori anak, terutama bagi mereka yang sensitif terhadap tekstur atau rasa makanan. Dengan rangsangan ini, anak diharapkan menjadi lebih tenang dan selesa ketika disuap makanan. Beberapa panduan menyarankan amalan ini dilakukan beberapa kali sehari, bergantung kepada keperluan dan toleransi anak.
Menurut perkongsian seorang ibu, teknik “brushing” menggunakan berus khas yang direka untuk kulit anak, lebih lembut dan selamat berbanding span atau berus biasa yang digunakan untuk membersihkan pinggan. Berus khas ini membantu memberikan rangsangan yang tepat kepada kulit dan memberikan keselesaan yang menyeluruh.
“Korang semua, saya as mom kepada autistic son. Kami memang guna kaedah brushing untuk betulkan sensory anak. Ada berus khas, tak mahal pun. Tolong jangan guna span basuh pinggan walaupun bahagian lembut. Berus ini lebih sesuai pada kulit anak dan berguna,” jelasnya.

Selain membantu anak lebih mudah menerima makanan, teknik ini juga berperanan dalam memperbaiki sensitiviti sensori mereka. Sistem sensori yang stabil adalah penting untuk perkembangan kemahiran motor, fokus dan interaksi sosial anak.
Dengan amalan yang konsisten, ibu bapa melaporkan peningkatan dalam keselesaan anak ketika makan, serta pengurangan tanda-tanda kerengsaan atau ketidakselesaan ketika dihidangkan makanan baru.
Ibu bapa yang ingin mencuba teknik ini digalakkan untuk memulakan dengan rutin yang sederhana dan memperhatikan reaksi anak. Setiap anak mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza, dan teknik ini perlu disesuaikan mengikut keselesaan mereka.
Berus yang direka khusus untuk tujuan sensori lebih lembut pada kulit dan berfungsi dengan lebih baik berbanding span atau peralatan biasa.
Teknik sensori ini bukanlah satu-satunya kaedah untuk menangani masalah picky eater, tetapi ia boleh menjadi salah satu pendekatan tambahan yang membantu.
Baca juga: Doa Untuk Anak Faham Ilmu Yang Rasulullah SAW Ajar, Baru Lebih Mudah ‘Masuk’ Ketika Di Sekolah
Sumber: Facebook Safuan Borhan
