Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Buat Teknik 30 Minit Sebelum Tidur Ini Boleh Wangikan Bilik, Paling Syok Elektrik Pun Jimat!

BILIK TIDUR WANGI

Keinginan untuk memiliki bilik tidur wangi dan menenangkan sering bertembung dengan dua masalah utama iaitu keselamatan dan kos.

Ada yang memilih membakar lilin aromaterapi dalam bilik berhawa dingin, namun bimbang risiko asap toksik dalam ruang tertutup. Jika pintu atau tingkap dibuka pula, bil elektrik meningkat dan nyamuk mudah masuk.

Baca juga: Rumah Kekal Wangi & Tak Bau Hapak, Potong Daun Pandan Macam Ini Baru Semerbak!

TEKNIK BILIK TIDUR WANGI TAPI JIMAT ELEKTRIK

BILIK TIDUR WANGI

Freepik

Ramai tidak sedar bahawa membakar lilin ketika pendingin hawa sedang beroperasi atau ketika tidur bukanlah pilihan terbaik. Udara tertutup menyebabkan asap berkumpul dan disedut sepanjang malam, sekali gus menjejaskan kualiti udara dalam bilik.

Sebaliknya, teknik yang dikenali sebagai “pre-scenting” boleh digunakan untuk mendapatkan kesan wangi yang sama, tetapi dengan cara lebih selamat dan menjimatkan.

Langkah mudah dan selamat teknik pre-scenting:

– Mulakan pada waktu Maghrib atau Isyak dengan membuka pintu bilik buat sementara waktu dan menyalakan lilin selama kira-kira 30 minit.

– Pastikan pendingin hawa dimatikan ketika ini. Bau harum daripada lilin akan merebak ke seluruh ruang bilik, manakala asap pula mempunyai laluan keluar ke ruang lain.

– Selepas itu, padamkan lilin sepenuhnya. Hanya selepas bau sudah memenuhi bilik dan asap beransur hilang, barulah pintu ditutup dan penyaman udara dihidupkan seperti biasa.

BILIK TIDUR WANGI

Dengan teknik ini, bilik sudah sedia wangi tanpa perlu membakar lilin sepanjang malam selain udara dalam bilik lebih bersih kerana asap telah keluar lebih awal.

Penggunaan pendingin hawa juga lebih efisien kerana bilik disejukkan dalam keadaan pintu tertutup. Paling penting, paru-paru tidak terdedah kepada asap berpanjangan.

Membakar lilin untuk suasana estetik tidak salah, tetapi melakukannya dengan cara yang bijak jauh lebih penting. Tidak perlu memerangkap diri dalam udara berasap sepanjang malam semata-mata mahu bilik tidur wangi.

Wangi biarlah berpada, selesa biarlah selamat.

Baca juga: Bukan Digunakan Hanya Dalam Masakan, Serai Rupanya Boleh Rawat 5 Penyakit Ini

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×