Proses mengisi minyak BUDI95 lebih mudah dengan adanya TNG eWallet. Ia boleh digunakan di semua stesen minyak bahkan proses pembayaran jadi mudah sebab anda dah tak perlu tunjuk IC setiap kali nak isi minyak.
Selain itu, semakan baki dan transaksi BUDI95 boleh dibuat terus melalui TNG eWallet bila-bila masa.
Lebih menarik lagi, bermula 7 November hingga 6 Disember 2025, anda boleh menikmati pulangan tunai setiap kali mengisi minyak BUDI95 serendah RM5 melalui aplikasi TNG eWallet. Namun promosi ini terhad kepada pengguna yang pertama kali membayar BUDI95 menggunakan aplikasi tersebut.
Macam mana nak tebus pulangan tunai BUDI95?
Konsepnya mudah, setiap kali anda isi minyak minimum RM5, anda akan menerima satu cop digital dalam kad yang terdapat pada ciri BUDI95.
Satu cop, sah untuk satu baucar pulangan tunai RM1.
Masih kurang jelas? Anda boleh ikut langkah di bawah:
- Buka aplikasi TNG eWallet dan pergi ke halaman BUDI95.
- Beli minyak BUDI95 bernilai sekurang-kurangnya RM5.
- Anda akan dapat satu cop digital secara automatik.
- Tebus baucar pulangan tunai RM1 secara manual daripada kad cop digital tadi.
Senang, kan? Tak perlu kad pengenalan, tak perlu banyak-banyak aplikasi.

Setiap pengguna hanya boleh menerima 1 cop atau 1 baucar sahaja dalam sehari dan ganjaran ini terhad kepada 800,000 cop sahaja. Jadi, siapa cepat, dia dapat!
Maksimum 4 cop untuk setiap pengguna aplikasi TNG eWallet
Selain itu, setiap pengguna hanya boleh mengumpul maksimum 4 cop atau baucar sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
Kalau anda jenis yang rajin isi minyak, memang rugi kalau tak tebus pulangan tunai ini.
Kalau anda belum pernah guna BUDI95 melalui TNG eWallet, sekaranglah masa terbaik nak cuba.
Muat turun aplikasi TNG eWallet dari App Store atau Google Play. Daftar akaun dan aktifkan ciri BUDI95. Isi minyak RM5 atau lebih di stesen yang mengambil bahagian dan nikmati pulangan tunai RM1 melalui aplikasi TNG eWallet.
Itu sahaja, tak ada langkah rumit, tak ada syarat pelik.
Ringkas tapi beri pulangan
Buat penunggang motosikal, korang kena rebut peluang ini. Sebab setiap kali korang isi minyak RM5, korang terus dapat pulangan tunai RM1. Kalau isi hampir setiap hari, seminggu pun dah je dah boleh dapat RM4!
Lebih penting, inisiatif ini menunjukkan bagaimana teknologi e-Wallet boleh menjadikan aktiviti harian seperti isi minyak lebih menguntungkan pengguna.

Kalau anda belum pernah isi minyak BUDI95 menggunakan TNG eWallet, cepat-cepat rebut peluang ni.
Isi minyak pun boleh dapat ganjaran. Untungkan?
Jadi, apa lagi yang korang semua tunggu? Jom isi minyak dengan TNG eWallet dan nikmati pulangan tunai sekarang.
