Euforia Bola 2026
Nur

Jadual Puasa Sunat Zulhijjah 2026 (1447H), Tarikh Penting Termasuk Hari Arafah & Hari Dilarang Puasa

PUASA SUNAT ZULHIJJAH

Puasa sunat Zulhijjah merupakan antara amalan yang sangat digalakkan dalam Islam, khususnya pada hari-hari awal bulan Zulhijjah yang penuh dengan kelebihan dan ganjaran besar bagi umat Islam.

Dengan mengetahui jadual ini, umat Islam boleh merancang amalan puasa sunat dengan lebih teratur selain menggunakan peluang pada hari-hari terbaik ini untuk memperbanyakkan ibadah.

Baca juga: Jangan Sapu Atau Vakum ‘Taik’ Tikus, Cara Salah Ini Boleh Jadi Punca Jangkitan Penyakit Berbahaya

PANDUAN JADUAL PUASA SUNAT ZULHIJJAH TAHUN 2026

PUASA SUNAT ZULHIJJAH

Kredit: Magnific

Bagi tahun 2026 bersamaan 1447 Hijrah, berikut merupakan jadual puasa sunat Zulhijjah yang boleh dijadikan rujukan:

Jadual Puasa Sunat Zulhijjah 2026

1 – 7 Zulhijjah (18 – 24 Mei 2026) – Puasa sunat Zulhijjah yang sangat digalakkan untuk diamalkan bagi menambah pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.

8 Zulhijjah (25 Mei 2026) – Hari Tarwiyah, juga digalakkan untuk berpuasa sebagai persediaan menuju hari kemuncak.

9 Zulhijjah (26 Mei 2026) – Hari Arafah, antara hari paling utama untuk berpuasa, khususnya bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. Ganjarannya sangat besar dan amat dituntut.

PUASA SUNAT ZULHIJJAH

Umat Islam juga diingatkan bahawa terdapat hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa:

  • 10 Zulhijjah (27 Mei 2026) – Hari Raya Aidiladha
  • 11, 12, 13 Zulhijjah (28 – 30 Mei 2026) – Hari Tasyriq

Pada hari-hari ini, umat Islam dilarang berpuasa dan digalakkan untuk menikmati hidangan serta memperbanyakkan zikir dan ibadah lain.

Puasa pada awal Zulhijjah bukan sahaja memberi ganjaran pahala, malah menjadi peluang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan. Ia juga menjadi persiapan rohani sebelum menyambut Aidiladha.

Tarikh yang dinyatakan adalah berdasarkan jangkaan kalendar dan tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa, termasuk Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Baca juga: Cuti Wesak 2026 Hari Ahad & Keputeraan Agong Pula Hari Isnin, Hari Selasa Ada Cuti Ganti Atau Tidak?

Sumber: E-solat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×