Menjelang sambutan Aidilfitri, ramai yang mula membuat persiapan termasuk menghantar hadiah atau barangan kepada keluarga di kampung. Sehubungan itu, beberapa syarikat kurier di Malaysia berkongsi tarikh akhir penghantaran bagi memastikan bungkusan sempat tiba sebelum Hari Raya.
Baca juga: Penjawat Awam Senyum Lebar! Ini 8 Negeri Beri Bantuan Khas Aidilfitri, Ada Yang Dapat Sebulan Gaji
5 SYARIKAT KURIER KONGSI TARIKH AKHIR PENGHANTARAN

Gambar hiasan: Gemini AI
Makluman ini penting terutama bagi mereka yang merancang menghantar pakaian raya, kuih atau barangan lain kepada ahli keluarga di negeri berbeza.
Dengan peningkatan jumlah bungkusan menjelang musim perayaan, pelanggan disarankan membuat penghantaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Berikut antara syarikat yang berkongsi tarikh penting bagi penghantaran bungkusan sebelum Hari Raya Aidilfitri:
1. J&T Express
- Laluan Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia: sebelum 16 Mac.
- Laluan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya: sebelum 12 Mac.
- Laluan antara Sabah dan Sarawak: sebelum 14 Mac.
“Bagi laluan Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia, tarikh penghantaran optimum adalah sebelum 16 Mac bagi memastikan bungkusan sampai sebelum Hari Raya.
“Sementara itu, bagi laluan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya, pelanggan disaran menghantar bungkusan sebelum 12 Mac,” ujarnya.
2. Ninja Van
- Tarikh penghantaran terakhir Sabah dan Sarawak: 13 Mac.
- Tarikh penghantaran terakhir Semenanjung Malaysia: 16 Mac.
- Tarikh akhir pengambilan bungkusan bagi perkhidmatan tertentu: 13 Mac.
“Semua penghantaran akan dihentikan sementara bermula 21 Mac dan operasi dijangka disambung semula pada 23 Mac,” jelasnya.
Baca juga: KPM Umum Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 Sekali Cuti Penggal, Auto Jadi Lebih Lama! Untung Pelajar~

Gambar hiasan: Gemini AI
3. City-Link Express
- Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia: sebelum 16 Mac.
- Penghantaran ke Sabah dan Sarawak: sebelum 13 Mac.
- Operasi berjalan secara terhad pada 20 Mac.
- Ditutup sementara bermula 21 hingga 23 Mac.
4. GD Express
- Pengambilan bungkusan Semenanjung Malaysia: sehingga 16 Mac.
- Penghantaran ke Sabah dan Sarawak disaran sebelum 13 Mac.
- Bungkusan dihantar selepas tarikh tersebut dijangka tiba selepas 24 Mac.
5. Pos Malaysia
- Perkhidmatan penghantaran dan pengambilan bungkusan ditutup pada 21 dan 22 Mac sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
- Operasi turut ditutup pada 23 Mac di Johor sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor.
- Penutupan juga berlaku pada 24 Mac di Melaka dan Johor sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menyemak tarikh penting ini dan membuat penghantaran lebih awal bagi memastikan barangan sampai kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya.
Baca juga: KTMB Umum 26 Perjalanan Tren Tambahan Sempena Aidilfitri, Cepat Beli Nanti Tiket Habis!
Sumber: Kosmo! Online
FT Image: Gemini AI
