Euforia Bola 2026
Asuh

Ngeri! Budak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu Satu Meter Melekat Di Tapak Tangan

TERTUSUK PAKU

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Krai selepas tangannya tertusuk paku pada sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, pada Ahad.

Baca juga: 6 Pelajar Disyaki Buli Junior Di MRSM, Asyraf Wajdi Arah Mesyuarat Dalam Tempoh 24 Jam & Singkir Pelaku

TANGAN TERTUSUK PAKU, BUDAK LELAKI USIA 6 TAHUN CEDERA

TERTUSUK PAKU

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sedang bermain di kawasan sebuah rumah kebun sebelum secara tidak sengaja terkena paku pada kayu tangga, yang kemudiannya tertusuk pada tapak tangan kanannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 12.27 tengah hari bagi membantu memotong kayu yang masih melekat pada tangan mangsa.

Menurut beliau, doktor yang merawat mangsa meminta bantuan bomba kerana keadaan kayu yang masih panjang menyukarkan proses rawatan di hospital.

“Siasatan awal mendapati paku yang terdapat pada kayu tangga rumah kebun itu telah tertusuk pada tapak tangan kanan kanak-kanak tersebut.

TERTUSUK PAKU

“Berkemungkinan kayu itu tercabut ketika mangsa bermain sebelum paku berkenaan mengenai tangannya,” jelasnya.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan ke Unit Kecemasan HSIP Kuala Krai.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menggunakan gergaji tangan bagi memotong bahagian kayu yang masih melekat pada tangan mangsa.

“Operasi berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum mangsa diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Baca juga: Ini 7 Perubahan Besar Kerajaan Mulai Julai 2026 Untuk Rakyat Tercinta, Take Note Ya!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×