Euforia Bola 2026
Sihat

Lelaki, Awas! Ini 9 Simptom Awal HIV Yang Ramai Tak Sedar

tanda-tanda HIV lelaki

Tanda-tanda HIV lelaki kadangkala sukar dikenalpasti kerana ia menyerupai masalah kesihatan biasa. Antaranya termasuk keletihan melampau, demam berpanjangan, masalah mulut dan ruam kulit.

Jika simptom ini berlarutan tanpa sebab yang jelas, ia mungkin petunjuk awal jangkitan HIV. Kenali tanda-tanda HIV lelaki lebih awal agar rawatan dapat dimulakan segera.

Baca juga: Anak Ngadu Sakit Bahagian Telur Jangan Anggap Ringan, Lambat Rawat Buah Zakar Boleh ‘Rosak’!

9 TANDA-TANDA HIV LELAKI

tanda-tanda HIV lelak

Gambar hiasan.

1. Alami gangguan mental

Penghidap HIV juga berpotensi mempunyai gangguan saraf yang mungkin menyebabkan rasa kebas pada tangan atau kaki. Selain itu, sukar untuk fokus dan mengingat.

Bahkan, masalah mental merupakan antara tanda-tanda HIV yang sering diabaikan lelaki. Di mana, penghidap HIV berpotensi mengalami masalah mental seperti kemurungan disebabkan tekanan emosi yang mereka hadapi.

2. Gusi dan mulut berdarah

Luka pada kawasan mulut dan gusi, antara tanda-tanda HIV positif. Salah satunya adalah kulat oral (oral thrush) yang nampak seperti lapisan putih dalam mulut.

Malah, pesakit juga berkemungkinan mengalami gusi bengkak, berdarah atau sakit. Hal ini disebabkan, sistem imun yang lemah menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat mudah menjangkiti mulut.

3. Sering alami masalah pernafasan

Lelaki yang dijangkiti HIV berisiko tinggi mendapat jangkitan paru-paru, misalnya pneumonia. Juga, berupaya mengalami batuk kering berpanjangan dan sesak nafas.

Masalah pernafasan ini boleh menjadi lebih serius jika sistem imun pesakit terus merosot tanpa sebarang rawatan.

Baca juga: Jangan Beli & Guna Produk Penjagaan Kulit Ini, KKM Dah ‘Banned’ Ada Racun Bahaya!

4. Keletihan berpanjangan

Keletihan dan kelesuan berpanjangan juga termasuk sebagai tanda-tanda HIV lelaki.

Kemungkinan pesakit akan rasa letih dari segi mental dan juga fizikal sehingga menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian.

5. Berat badan turun mendadak

Penghidap HIV yang tidak mendapatkan rawatan boleh mengalami penurunan berat badan yang mendadak, walaupun makan tepat pada masanya.

Hal ini kerana, tubuh penghidap HIV sukar untuk menyerap nutrisi, lantas berupaya kehilangan banyak kalori disebabkan jangkitan berulang.

Penurunan berat badan ini turut dikenali sebagai wasting syndrome yang menandakan HIV positif telah memasuki tahap lebih serius.

6. Masalah sistem penghadaman

Lelaki yang menghidap HIV kemungkinan mengalami masalah penghadaman seperti cirit-birit yang berterusan, sering rasa loya dan kerap muntah.

Cirit-birit yang berlarutan lebih seminggu perlukan dirawat secepat mungkin kerana boleh menyebabkan dehidrasi dan keletihan yang melampau.

Baca juga: Padah Buat 4 Jenis Sukan Dalam Sehari, Individu Merana Buah Pinggang Bocor (Rhabdomyolisis)!

tanda-tanda HIV lelaki

Gambar hiasan.

7. Ruam dan luka pada kulit

Ruam pada kulit yang berbintik atau tompok merah juga merupakan salah satu tanda-tanda HIV lelaki. Selepas jangkitan awal, ia akan muncul dalam masa dua hingga empat minggu.

Ruam ini lazimnya terdapat di bahagian atas badan, seperti di kawasan dada dan belakang badan dan boleh juga merebak ke kawasan muka dan anggota badan lain.

Selain ruam, lelaki dengan HIV juga mungkin mengalami luka atau ulser di bahagian mulut, tekak atau lidah. Luka yang berlaku disebabkan HIV adalah menyakitkan dan sukar untuk sembuh.

8. Demam berpanjangan

Demam yang tidak pulih walaupun selepas mengambil ubat merupakan antara tanda awal HIV.

Dalam masa yang sama, pesakit juga akan kerap berpeluh terutamanya pada waktu malam yang kebiasaannya berpeluh teruk sehingga cadar dan baju mereka basah.

9. Kelenjar pada leher membengkak

Kadang kala penghidap HIV akan mengalami bengkak pada kelenjar yang terletak di leher, ketiak dan pangkal paha. Ia boleh menyebabkan rasa lenguh atau sakit.

Kelenjar tersebut membengkak disebabkan jangkitan dan menandakan bahawa badan sedang berusaha untuk melawan jangkitan.

Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!

Sumber: Hello Doktor

FT Image: Sehatfresh.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×