Tak boleh duduk diam dan suka aktiviti lasak merupakan tanda-tanda anak kinestetik. Kinestetik bermaksud gaya pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan pengalaman secara langsung.
Sekiranya, anak anda seorang yang suka bergerak dan sukar duduk diam ketika belajar, dia mungkin pelajar kinestetik! Nak tahu tanda-tanda anak kinestetik, ikuti perkongsian lanjut oleh page Hamil Dalam 3 Bulan.
Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!
ANAK KINESTETIK

Anak paling lasak dan gasak biasanya ada growth style kinestetik ini. Serius, dia lah yang selalu buat kita mengucap, huh!
Apa pun, syukur sebab anak kinestetik ada potensi besar. Dia ada ciri-ciri orang yang berjaya. Anak yang berani, bertenaga, selalu cuba benda baru dan tak cepat mengalah.
Sabar, syukur dan asah potensi anak kita ya.
Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!
TANDA-TANDA ANAK ADA ‘GROWTH STYLE’ KINESTETIK
1. Tubuh badan sendiri sebagai alat pembelajaran
Anak kinestetik ini alat pembelajaran utama dia ialah tubuh badannya sendiri. Makin banyak dia bergerak makin banyaklah dia belajar.
2. Susah nak duduk diam
Dia susah nak duduk diam. Alergik dengan perkataan diam. Kalau tak buat apa-apa dia jadi gelisah, tak keruan hatinya.
3. Cepat bosan
Asyik terperuk di rumah, boleh jadi sangat-sangat bosan dan tepu. Ini punca anak jadi senang meragam dan senang membentak.
4. Suka keluar rumah
Pantang dapat peluang keluar rumah, mesti berdesup dia keluar. Anak kinestetik ini sebenarnya lebih rasa bebas bila di luar rumah.
5. Alam semula jadi adalah permainannya
Tanah, pasir, rumput dan laut ini semua mainan dia. Memang dia suka betul dapat sentuh alam semula jadi.
Baca juga: Ibu Berdepan Detik Cemas & Ngeri Anak Kena SAWAN TARIK, Ini Tindakan Segera Perlu Diambil!
Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

Gambar: Freepik
6. Kreatif dan tinggi imaginasi
Kotak boleh jadi kereta, kusyen sofa boleh jadi rumah, periuk, kuali dan senduk ibu itu selalu jadi mainan.
7. Suka mainan yang lasak
Dia kurang minat nak baca buku dan mainan yang tak bergerak ini. Rasa tak hidup main duduk setempat.
8. Marah bila dilarang bermain permainan yang disukai
Marah atau bentak bila dilarang bermain permainan yang dia suka. Kita nampak cara dia main bahaya, tapi dia tak faham. Jadi, kena tegur dengan cara yang lembut ya.
9. Suka merosakkan barang
Aduh, sebenarnya anak bukan sengaja nak rosakkan tapi dia tak mampu nak 100% kawal kekuatan diri dia lagi.
10. Tenaga dia macam tak terhad
Diam masa tidur. Mata selagi tak lelap selagi itu ada sahaja aktiviti lasak dia nak buat. Tak tahu penat punya budak!
11. Pantang nampak ibu bapa duduk senang
Pantang nampak kita senang sikit mesti dipanjat badan kita, diajaknya bermain.
Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!
Sumber: Hamil Dalam 3 Bulan
FT Image: freepik
