Perangai suami pentingkan kawan bukanlah perkara yang asing lagi di alam rumah tangga. Mungkin disebabkan oleh, persahabatan yang terjalin telah terbina terlebih dahulu, sebelum berkenalan dengan pasangan masing-masing.
Secara tidak langsung, sikap suami pentingkan kawan boleh menjejaskan hubungan dengan isteri. Justeru itu, berikut merupakan beberapa tanda yang mungkin menunjukkan suami anda mengutamakan kawan berbanding isteri.
Baca juga: Tips Untuk Suami Isteri Yang Tengah Cuba Dapat Anak, Ikut Nasihat Ini InsyaAllah ‘Melekat’
TANDA-TANDA SUAMI PENTINGKAN KAWAN DARIPADA ISTERI

Berikut penulis kongsikan tanda-tanda bahawa suami pentingkan kawan berbanding isteri:
1. Utamakan masa dengan rakan
Tanda suami pentingkan kawan daripada isteri adalah apabila suami kerap menghabiskan masa bersama rakan sehingga mengabaikan masa berkualiti bersama isteri.
Keutamaan terhadap aktiviti bersama rakan tanpa mengambil kira keperluan dan perasaan isteri boleh menimbulkan rasa kecewa.
2. Rancang aktiviti tanpa isteri
Suami lebih menunjukkan minat untuk terlibat dalam aktiviti sosial bersama rakan, seperti keluar bersama atau bercuti, tetapi kurang mengambil inisiatif untuk meluangkan masa bersama isteri secara berdua.
3. Abai isu rumah tangga
Tanda suami pentingkan kawan selanjutnya adalah suami sering mengabaikan isu rumah tangga tetapi sering memberi bantuan kepada rakan.
Apabila isteri memerlukan perhatian atau sokongan emosi, suami mungkin tidak memberikan keutamaan yang sewajarnya kerana lebih memilih rakan-rakan.
4. Suami pentingkan kawan – Anggap perasaan isteri tak penting
Suami yang mengutamakan rakan cenderung untuk memandang ringan perasaan dan luahan hati isteri. Tindak balas seperti menganggap isteri cemburu tanpa sebab atau meremehkan masalah yang dikemukakan boleh menimbulkan jurang emosi.
5. Utamakan pendapat kawan berbanding isteri
Suami pentingkan kawan jikakeputusan mengenai rumah tangga yang seharusnya dibincang bersama isteri sering kali lebih dipengaruhi oleh pandangan rakan berbanding pendapat isteri.

Freepik
6. Suami pentingkan kawan – tunjuk gembira bila dengan rakan
Suami kelihatan lebih ceria dan selesa ketika bersama rakan, manakala apabila berada di rumah bersama isteri, dia kelihatan bosan, mudah marah atau kurang memberi perhatian.
7. Suka belanja rakan tetapi dengan isteri berkira
Selain itu, sekiranya suami lebih berkira dalam membelanjakan wang untuk isteri, itu merupakan tanda bahawa suami lebih mementingkan rakan-rakannya.
Hal ini kerana sikap berkira tersebut menunjukkan keutamaan kewangan diberikan kepada aktiviti atau keperluan bersama rakan, manakala keperluan dan keinginan isteri sering diabaikan.
8. Tak jujur dengan isteri
Suami mungkin berkongsi banyak perkara dengan rakan tetapi kurang terbuka dengan isteri, menunjukkan ketidakseimbangan dalam tahap kepercayaan dalam hubungan perkahwinan.
Perkahwinan yang sihat memerlukan komunikasi terbuka dan saling menghormati antara suami dan isteri. Jika tanda-tanda suami pentingkan kawan ‘wujud’ dalam perkahwinan anda, pastikan berbincang dengan pasangan secara terbuka untuk mencari jalan penyelesaian.
