Fenomena penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan apabila mereka mempunyai tanda-tanda seperti autism yang dipanggil pseudo autism.
Keadaan ini berpunca daripada kurangnya interaksi sosial dan rangsangan dunia sebenar akibat ketagihan skrin dan ia sebenarnya boleh dicegah.
Baca juga: Anak Jadi Autisme Punca Daripada 7 Sebab Ini, Ibu Ayah TOLONG Berjaga-Jaga!
ANAK NORMAL JADI PSEUDO AUTISM BILA ASYIK TENGOK GAJET

Freepik
Bilangan kanak kanak ke sekolah pendidikan khas semakin meningkat tahun demi tahun. Ibu ayah, tolong hentikan gajet kerana ramai anak normal dah jadi pseudo autism. Nak pulihkan bukan mudah, lagi susah daripada anak autism kerana mereka ada masalah tingkah lalu.
Buat yang tidak tahu, di bawah ini penulis kongsikan dengan lebih lanjut mengenai pseudo autism.
– Pseudoautism bukan istilah perubatan/saintifik. Ia hanyalah istilah yang dipopularkan secara umum untuk mengaitkan gejala seakan autism, tetapi bukan autism (pseudo bermaksud ‘palsu’).
– Terdapat kajian yang menggunakan istilah ‘virtual autisme’ dengan maksud yang sama, namun begitu, istilah ini bukanlah satu terminologi yang diiktiraf sebagai label bagi keadaan klinikal.
– Secara peribadi, saya tak berapa gemar dengan istilah ini sebab dia berisiko menyebabkan parents meremehkan gejala autism yang betul- betul memerlukan penilaian lanjut. Penggunaan istilah ini juga boleh menyebabkan parents under- recognise gejala anak dan dengan mudah menyalahkan gajet sebagai punca kelewatan perkembangan anak.
– Perlu diingatkan kepada ibu bapa yang semua kelewatan perkembangan anak memerlukan penilaian doktor dan kemudian penilaian pakar jika gejala berterusan dan mengganggu kehidupan anak.
– Gajet tidak menyebabkan autism! tiada bukti saintifik menyokong fakta ini. Autism adalah neurodevelopmental disorder yang berlaku kerana interaksi faktor genetik dan persekitaran (usia lanjut kehamilan, usia bapa, komplikasi kelahiran dan kehamilan).
– Namun, gajet boleh menyebabkan gangguan perkembangan seperti sosial dan pertuturan kepada sesetengah kanak-kanak, bergantung kepada intensity penggunaan.
– Penggunaan gadget tidak menyebabkan gejala autism seperti stereotyped behaviour, restricted interest dan rigidity, sensory issues – jika ada gejala ini, perlu penilaian kerana ia adalah gejala autisme.
– Jika berhenti gajet, adakah masalah perkembangan akan pulih? Jawapannya, bergantung kepada kenapa masalah perkembangan itu berlaku.
– Jika disebabkan neurodevelopmental disorder seperti autism/global develolmental delay dan lain-lain, tidak semestinya akan baik hanya dengan berhenti gajet.
– Jika bukan autism pula, bergantung kepada banyak faktor seperti ransangan, umur anak. Ada kajian yang mencadangkan untuk pantau sekurang-kurangnya tiga bulan tingkah laku anak.
Baca juga: Bila Anak Tanya Maksud Bersetubuh, Jangan Terus Marah! Tapi Jawab Dengan Cara Ini…
Sumber: Facebook Norazlina Harun
