Euforia Bola 2026
Suami Isteri

4 Tanda Isteri Tengah Marah Versi Kelakar, Garu Kepala Para Suami Nak Melayan…

perempuan merajuk

Biasalah sebagai seorang wanita, sering dikatakan mempunyai emosi yang tidak stabil dan kerap merajuk. Terutama sekali apabila sudah bergelar isteri, anda tidak akan terlepas dengan watak menjadi perempuan merajuk di hadapan suami kerana tidak ada persefahaman dalam beberapa situasi.

Oleh itu buat para suami sekalian, berikut merupakan 4 tanda yang anda boleh perhatikan apabila isteri tengah berada di dalam fasa bakal bertukar menjadi ‘Hulk’!

Baca juga: Salah Ambil Jenis & Dos Ubat Kuat Boleh Jadi Punca Mati Malam Pertama, Bahaya!

4 TANDA PEREMPUAN MERAJUK & MARAH TERUTAMA ISTERI, SUAMI KENA ALERT!

perempuan merajuk

1.Isteri akan lajukan kepantasan berjalan 100%

Situasi pertama yang menunjukkan isteri tengah marah dengan suami adalah mereka akan melajukan langkah berjalan. Tiada lagi berjalan seiringan bersama suami seperti pasangan kekasih dan si suami kena kejar isteri terutama sekali apabila di pusat beli-belah.

2.Isteri akan tingkatkan kekuatan maskulin

Situasi ini boleh dilihat apabila suami sedang keluar membeli barangan keperluan dapur. Suami dapat perhatikan apabila secara tiba-tiba kekuatan isteri bertambah, berbeza dengan sebelum ini. Beras dan semua barangan berat diangkat sendiri malah ada masanya, troli pun isteri yang tolak sendiri.

3.Kebolehan mendengar isteri akan dikurangkan

Secara tiba-tiba, pendengaran si isteri akan mempunyai masalah sedangkan sebelum ini adalah normal. Suami boleh diibaratkan seperti bercakap dengan tiang apabila isteri berada dalam keadaan marah kerana mereka tidak akan memberi respon terhadap apa jua yang disuruh.

4.Peratus sayang dekat suami akan menurun sehingga 0%

Ini adalah di mana, kalau suami nak cuit atau nak pegang tangan secara romantis pun akan ditepis dengan begitu sahaja. Jadi, para suami kena bersabar kerana dalam waktu sementara ini kerana isteri akan mengurangkan peratusan ‘sayang’ untuk anda. Kalau sebelum marah sayang 100%, ketika marah boleh kurang sehingga 30% atau 0%!

perempuan merajuk

*Jadi, untuk para suami yang tengah berhadapan dengan isteri yang tengah berada dalam fasa angin monsun, pujuklah dengan ‘bank in’ duit belanja tambahan…

Baca juga: Makin Ramai Suami Pilih Jadi Suri Rumah, Trend Meningkat Sebanyak 70 Peratus!

Sumber: X @amighuldehaman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×