Topik yang popular dalam kalangan para isteri adalah berkaitan dengan nafsu lelaki. Hal ini kerana, kita sering dipaparkan dengan kisah-kisah para suami yang curang dan mempunyai keinginan untuk berkahwin dua.
Oleh itu, buat para isteri atau wanita semua, anda sebenarnya boleh menganalisis nafsu pasangan sama ada kecil atau besar menggunakan tulisan tangan dikenali sebagai Grafologi. Menarik untuk dicuba!
Baca juga: “Saiz Bukan Segalanya”- Ini 6 Jenis Zakar Lelaki Yang NORMAL & SIHAT Menurut Pakar, Boleh Check!
CARA KESAN NAFSU LELAKI SAMA ADA KECIL ATAU BESAR, AWAS YA!

Menurut perkongsian daripada Tiktok Dr. Azura Hashim yang merupakan Mindset Guru, dalam analisis tulisan tangan (grafologi), ada beberapa petunjuk yang dikaitkan dengan nafsu atau keinginan yang tinggi, termasuk nafsu besar dalam hubungan. Walaupun grafologi bukan sains yang tepat, ia boleh memberi sedikit gambaran tentang personaliti seseorang berdasarkan gaya penulisan huruf ‘g’, ‘y’, ‘j’.
Ciri-ciri tulisan tangan yang mungkin menunjukkan NAFSU BESAR:
1.Huruf “g”, “y”, “j” yang besar dan melengkung
Jika ekor huruf-huruf ini panjang, tebal, dan beralun, ia boleh menunjukkan seseorang yang mempunyai keinginan fizikal yang kuat.
2. Tekanan tulisan yang kuat
Jika seseorang menulis dengan tekanan yang kuat pada kertas, ia boleh menunjukkan tenaga dalaman yang tinggi dan keghairahan yang kuat.
3. Huruf besar dan lebar
Individu yang menulis dengan huruf yang besar dan lebar biasanya lebih ekspresif, terbuka, dan mempunyai dorongan emosi serta fizikal yang tinggi.
4. Jarak antara perkataan yang rapat
Orang yang menulis dengan jarak antara perkataan yang sempit mungkin cenderung lebih bergantung pada hubungan fizikal dan suka keintiman.
5. Tulisan condong ke kanan
Tulisan yang condong ke kanan menunjukkan seseorang yang beremosi, spontan, dan suka mengambil risiko, termasuk dalam hubungan romantik.
6. Gaya tulisan yang spontan dan tidak sekata
Jika tulisan tidak terlalu kemas tetapi penuh tenaga, ia boleh menunjukkan seseorang yang impulsif dan penuh semangat.
@dr_azurahashim Nak tahu suami atau pasangan jenis nafsu besar atau tidak juga boleh dilakukan dengan analisis tulisan tangan. Apa nak buat bila dapat suami atau pasangan yang bernafsu besar? Langkah pertama, terima. Langkah kedua? Tonton selanjutnya perkongsian dari Dr Azura Hashim, pakar analisis tulisan tangan tentang bagaimana analisis tulisan tangan dapat membantu membina rumahtangga bahagia antara suami dan isteri. #rumahtanggabahagia #rumahtangga #tipsrumahtangga #analisistulisantangan #suamiistri #isteri #suami #drazurahashim ♬ original sound – Dr Azura – Mindset Guru
Namun, perlu diingat bahawa grafologi hanyalah satu bentuk analisis psikologi yang tidak semestinya tepat. Cara terbaik untuk mengetahui tahap keinginan atau nafsu pasangan adalah dengan berkomunikasi secara terbuka dan memahami keperibadian mereka dengan lebih mendalam.
*Terkejut pasangan masing-masing secara tiba-tiba minta tulis 3 huruf berkenaan untuk semakan!
Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli
Sumber: Tiktok @DrAzuraHashim
