Euforia Bola 2026
Sihat

Dari Mata Cekung Hingga Wajah Pucat, Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Di Wajah Yang Ramai Tak Sedar

tanda masalah kesihatan

Tanda masalah kesihatan pada wajah kadangkala muncul sebelum simptom lain dapat dikesan. Dari wajah pucat hingga bengkak, perubahan ini boleh menjadi petunjuk awal keadaan tubuh badan yang memerlukan perhatian, walaupun ia bukan pengganti diagnosis perubatan.

Maklumat ini dikongsi oleh Putri Ananda di Facebook, yang ingin memberi panduan ringkas kepada pembaca mengenai apa yang boleh diperhatikan pada wajah.

Baca juga: Jangan Beli & Guna Produk Penjagaan Kulit Ini, KKM Dah ‘Banned’ Ada Racun Bahaya!

9 TANDA MASALAH KESIHATAN PADA WAJAH

tanda masalah kesihatan

Gambar: Putri Ananda

1. Wajah pucat

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Tekanan darah rendah
  • Kekurangan nutrisi seperti zat besi dan vitamin B12

2. Wajah kemerahan berlebihan

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Tekanan darah tinggi
  • Rosacea
  • Reaksi alahan
  • Keradangan atau jangkitan

3. Mata cekung dan lingkaran hitam

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Kurang tidur
  • Dehidrasi
  • Tekanan emosi (stres)
  • Masalah buah pinggang atau alahan kronik

4. Wajah atau bahagian mata kekuningan

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Gangguan fungsi hati (seperti hepatitis atau penyakit hati)
  • Masalah pundi hempedu

5. Wajah bengkak

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Masalah buah pinggang
  • Pengumpulan cecair berlebihan dalam badan
  • Reaksi alahan
  • Gangguan kelenjar tiroid

Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!

tanda masalah kesihatan

Gambar hiasan: Freepik

6. Jerawat berlebihan dan tidak normal

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Masalah sistem penghadaman
  • Tekanan berpanjangan

7. Kulit wajah kering dan bersisik

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Dehidrasi
  • Kekurangan vitamin A atau vitamin E
  • Hipotiroidisme

8. Wajah terlalu berminyak

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Corak pemakanan tinggi lemak dan gula
  • Tekanan emosi

9. Bibir pecah-pecah dan pucat

Berkemungkinan berkaitan dengan:

  • Kekurangan vitamin B
  • Dehidrasi
  • Anemia

Nota penting:

Perubahan pada wajah boleh dipengaruhi juga oleh cuaca, gaya hidup, penggunaan produk kosmetik dan faktor genetik.

Putri Ananda menegaskan bahawa maklumat ini bukan untuk diagnosis dan jika perubahan berlaku secara tiba-tiba, berpanjangan atau disertai simptom lain seperti keletihan melampau, sakit atau demam, segeralah mendapatkan pemeriksaan daripada pengamal perubatan bertauliah.

Baca juga: Letak Bantal Antara 2 Kaki Semasa Tidur Mengiring Beri 6 Manfaat, Wajib Cuba!

Sumber: Putri Ananda

FT Image: Freepik / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×