Antara tanda-tanda Dajal muncul adalah keringnya Laut Galilee atau Tasik Thabariyyah (Tasik Tiberias) dan pokok kurma di Baisan yang tidak lagi berbuah.
Apa yang mengejutkan, tanda-tanda ini kini sedang berlaku menerusi artikel yang disiarkan oleh wartawan Harian Metro pada Jumaat lalu.
Baca juga: Kelebihan Puasa Sunat Tarwiyah 5 Jun Ini, Amalan Bernilai Di Awal Zulhijjah!
ANTARA TANDA DAJAL MUNCUL LAUT GALILEE KERING
Pada Januari 2023, Laut Galilee dilaporkan berada pada paras terendah dalam tempoh 100 tahun, sehingga Israel terpaksa mengepam air ke kawasan itu. Dalam masa yang sama, ladang kurma di Baisan pula semakin kurang mengeluarkan hasil.
Kedua-dua tanda ini disebut sendiri oleh Dajal dalam kisah terkenal pertemuannya dengan Tamim al-Dari yang diriwayatkan dalam hadis sahih.
Di saat pertemuan Tamim al-Dari dengan Dajal berlaku ketika beliau bersama 30 orang pelayar terdampar di sebuah pulau. Di sana, mereka bertemu makhluk bernama al-Jassasah yang membawa mereka kepada seorang lelaki besar yang terikat iaitu Dajal.
Sebelum Dajal memperkenalkan dirinya sebagai al-masih Dajjal, di dalam dialog mereka, Dajal bertanyakan tentang:
- Pokok kurma di Baisan – yang menurutnya akan berhenti berbuah
- Tasik Galilee – yang akan kering airnya
- Mata air Zughar – yang masih berair dan digunakan oleh penduduk
- Nabi Muhammad SAW – dan perkembangan dakwah Baginda
Baca juga: “Neraka Bukan Bahan Jenaka”, PU Syed Kecam Konten Video Tular Didakwa Persenda Agama
Berikut antara dialog berkenaan Tasik Galilee di antara Dajal dan Tamim al-Dari bersama 30 orang pelayar lain:
Dajal berkata: “Beritahu kepadaku tentang Tasik Galilee.”
Kami berkata: “Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”
Dajal bertanya lagi: “Apakah ia masih tetap berair?”
Kami menjawab: “Airnya masih banyak.”
Lalu, Dajal berkata: “Adapun airnya, maka hampir sahaja akan habis.”
Akhirnya Dajal memperkenalkan dirinya dan berkata:
“Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir saja dibenarkan keluar. Apabila aku keluar, aku akan berjalan di seluruh bumi dalam masa 40 malam kecuali Makkah dan Madinah kerana kedua-duanya dijaga oleh para malaikat.”
Itu antara dialog antara Tamim al-Dari dan Dajal. Jika diperhalusi dapat disimpulkan bahawa dialog berkenaan ada beberapa tanda mengenai kemunculan Dajal yang memberikan tanda besar berlakunya kiamat.
Kesimpulan
Jika kita perhatikan tanda-tanda ini, sebahagiannya sudah pun berlaku. Ini bermakna kemunculan Dajal semakin hampir, satu petanda besar kepada dekatnya hari kiamat.
Persoalannya sekarang, apakah persiapan kita untuk berdepan dengan fitnah paling dahsyat dalam sejarah manusia ini?
Baca juga: Pergilah Melancong Ke Mana Pun Tapi Jangan Tinggal 11 Barang Ini, Masa Solat Rasa Yakin
Sumber: Harian Metro
FT Image: Matthias Somm/CNN

