Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Tak Mengamuk Bila Telefon Diambil? Awas, Mungkin Dia Dah Ketagih Gajet Dalam Senyap!

tanda anak ketagih gajet

Semakin ramai ibu bapa mula menyedari tanda anak ketagih gajet bukan hanya mereka menangis bila telefon diambil. Melalui perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM), kesan ketagihan skrin kepada kanak-kanak boleh berlaku secara senyap.

Secara senyap yang dimaksudkan adalah tanpa drama, tapi dengan perubahan perlahan-lahan dalam tabiat harian. Bahaya skrin berlebihan bukan saja melibatkan masa, tetapi juga apa yang hilang dari segi emosi, tumpuan dan minat mereka terhadap dunia sebenar.

Baca juga: Doktor Dedah Bahan Xenoestrogen Dalam Produk Harian, Punca Kanak-Kanak BALIGH AWAL!

TANDA ANAK KETAGIH GAJET DALAM DIAM

tanda anak ketagih gajet

Gambar hiasan: Freepik

Tak semua tanda ketagihan skrin jelas di mata

Ada kanak-kanak yang tak mengamuk atau menangis bila telefon diambil. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, anda mungkin sedar sesuatu yang lain.

Mungkin anak anda dah tak seronok bermain di luar. Mainan kegemaran mereka hanya tersusun dan tidak disentuh. Mereka makan atau buat kerja rumah dengan tergesa-gesa, semata-mata nak “dapat” masa bermain tablet.

Ketagihan skrin bukan semata-mata soal berapa jam di depan gajet. Tapi tentang apa yang hilang sebagai gantinya: imaginasi, rasa ingin tahu, fokus dan paling penting hubungan dengan dunia sebenar.

Baca juga: Realiti Anak Kedua Bukan Bayangan Si Sulung, Bukan Penjaga Si Bongsu, Dia Juga Layak Dihargai

Tanda tak disangka anak anda mungkin ketagih gajet:

tanda anak ketagih gajet

Gambar hiasan AI

  • Hilang minat bermain di luar atau dengan mainan yang dulu disukai
  • Buat kerja rumah atau makan secara tergesa-gesa semata-mata nak “dapat” masa skrin
  • Kerap tiru gaya YouTuber atau TikToker, termasuk dalam percakapan harian
  • Sukar fokus atau duduk diam tanpa skrin
  • Kurang kawalan emosi, di mana gajet jadi tempat bergantung untuk tenangkan diri

Apa yang ibu bapa boleh buat?

Anda tak perlu terus hentikan penggunaan gajet sepenuhnya. Mulakan dengan langkah kecil:

  • Hadkan masa skrin sedikit demi sedikit
  • Luangkan masa bersama anak-anak secara hadir dan aktif

Justeru itu, mari kita besarkan anak-anak yang mampu cemerlang di dunia digital dan juga dunia sebenar.

Baca juga: Tak Sangka Bayi Baru Lahir Boleh Kena Jangkitan Herpes! Risikonya Lebih Serius Berbanding Orang Dewasa

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×