Euforia Bola 2026
Deko & Hias

9 Langkah Tanam Bawang Putih Dalam Pasu, Hasilnya Dapat Bawang Cantik & Segar Gebu!

tanam bawang putih

Ramai yang teruja mencuba kaedah tanam bawang putih sendiri, terutamanya bagi yang ingin jimatkan kos dapur dan pastikan bahan masakan sentiasa segar. Menariknya, anda tidak perlukan ruang laman yang luas pun, cukup sekadar pasu dan penjagaan asas.

Berikut ialah cara-cara mudah menanam bawang putih dalam pasu yang boleh anda amalkan, terutama bagi pemula yang baru berjinak dengan hobi bercucuk tanam.

Baca juga: Pokok Cili Kurang Berbuah? Cuba Teknik ‘Pulih Segar’ Ini, Jangan Terkejut Hasilnya Merimbun!

CARA TANAM BAWANG PUTIH DALAM PASU

tanam bawang putih

Gambar hiasan: Freepik

1.Pilih ulas yang matang

  • Langkah pertama, pecahkan labu bawang putih kepada ulas.
  • Hanya pilih ulas yang bersaiz matang untuk disemai kerana ia lebih berpotensi untuk bercambah dan menghasilkan tanaman yang sihat.

2.Guna medium tanaman yang sesuai

  • Gunakan medium yang peroi dan mengandungi pasir untuk pengudaraan yang baik.
  • Bawang putih tidak gemar tanah yang terlalu lembap.
  • Pastikan pasu yang digunakan mempunyai lubang saliran agar air tidak bertakung, yang boleh menyebabkan bawang mudah busuk.

3.Tanam secara menegak

  • Semasa menanam, pastikan muncung ulas bawang menghala ke atas.
  • Bahagian muncung inilah tempat keluarnya tunas.
  • Tanam secara menegak dan jangan terlalu dalam.

4.Siram bila perlu

  • Setelah tunas keluar, cukup sekadar siram apabila medium kelihatan kering.
  • Tanah yang terlalu lembap atau sentiasa basah boleh mengakibatkan akar reput dan pertumbuhan pokok terencat.

5.Potong bunga yang tumbuh

  • Jika pokok mengeluarkan bunga, potong bunga tersebut.
  • Ini untuk memastikan tenaga tumbuhan kekal pada penghasilan daun dan aroma bawang putih.

6.Tuai daun bila dah cukup helai

  • Daun bawang putih boleh dituai apabila sudah tumbuh sekitar 5–6 helai daun pada satu pokok.
  • Rasanya lebih segar dan aromatik berbanding daun bawang biasa.

Baca juga: Seakan Cacing Rupanya ULAR BUTA! Jangan Bunuh Ya, Ini ‘Askar Senyap’ Pelindung Tanaman

tanam bawang putih

7.Guna dalam masakan harian

  • Daun bawang putih sangat sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti mee goreng, sup, tumisan dan sebagainya.
  • Wanginya lebih kuat dan menaikkan selera.

8.Companion planting

  • Bawang putih boleh ditanam bersama pokok cili atau sayur-sayuran berdaun lain untuk mengelakkan serangan serangga perosak secara semula jadi.
  • Ini kerana aroma kuat bawang putih bertindak sebagai penghalau serangga.

9.Tuai apabila daun menguning

  • Jika anda ingin bawang putih membentuk bulb atau labu, hentikan penyiraman apabila daun mula menguning.
  • Tuai apabila semua daun telah kering.
  • Jangan basuh labu selepas dituai, hanya ketuk tanah yang melekat dan simpan di tempat kering.

Tanam bawang putih dalam pasu bukan sahaja mudah, malah memberi kepuasan tersendiri apabila dapat dituai hasilnya. Cuba amalkan teknik ini di rumah dan nikmati rasa segar bahan masakan dari hasil tangan sendiri!

Baca juga: Tips Halau Kucing Berak Pada Tanaman Guna Kulit Limau Mandarin, Baru Tak Sakit Hati!

Sumber: Sara Saad

FT Image: Sara Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×