Euforia Bola 2026
Famili

Kahwin Demi Lesen Niaga? Kes Warga Asing Nikahi Wanita Tempatan Makin Serius Di Selangor

KAHWIN PALSU

Isu kahwin palsu yang dipercayai melibatkan warga asing dan wanita tempatan bagi tujuan mendapatkan lesen perniagaan dilaporkan semakin membimbangkan di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, kegiatan tersebut bukanlah perkara baharu, malah dipercayai telah berlaku sejak lebih sedekad lalu.

Baca juga: Jangan Terkejut! 5 Perkara Orang Malaysia Selalu Buat Ini Sebenarnya Boleh Langgar Undang-Undang

TAKTIK KAHWIN PALSU WARGA ASING DEMI LESEN NIAGA

KAHWIN PALSU

Menurut beliau, terdapat kes perkahwinan yang didakwa diatur semata-mata untuk membolehkan warga asing menjalankan perniagaan menggunakan lesen atas nama pasangan warga tempatan, sekali gus memudahkan mereka terus menetap dan beroperasi di negara ini.

Beliau menjelaskan, taktik berkenaan turut menimbulkan cabaran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan kerana lesen perniagaan yang digunakan didaftarkan secara sah atas nama rakyat Malaysia.

“Modus operandi ini antara cabaran yang menyukarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan kerana lesen perniagaan diperoleh atas nama pasangan yang juga warga tempatan.

“Apabila operasi penguatkuasaan dijalankan, individu terbabit sering memberi alasan mereka hanya membantu pasangan menguruskan perniagaan.

“Kita berdepan dilema untuk mengambil tindakan kerana lesen itu sah dan didaftarkan atas nama warga tempatan,” jelasnya.

KAHWIN PALSU

Dalam banyak kes, ketika operasi dijalankan, individu terbabit mendakwa mereka hanya membantu pasangan menguruskan premis atau perniagaan berkenaan, sekali gus menyukarkan tindakan lanjut diambil.

Tambah beliau, PBT tidak mempunyai asas untuk membatalkan lesen perniagaan tersebut selagi tiada pelanggaran syarat lesen atau kesalahan lain yang boleh dibuktikan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pada masa sama, kerajaan negeri turut memandang serius peningkatan jumlah peniaga warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen. Namun, tindakan penguatkuasaan tetap dilaksanakan terhadap mana-mana pihak yang didapati beroperasi secara tidak sah.

Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia serta agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian yang lebih berkesan.

Difahamkan, antara lokasi yang dikenal pasti mempunyai kes seumpama itu ialah di kawasan Sungai Rasau dan Seksyen 15, Shah Alam.

Baca juga: Ramai Anggap Panas Baran…Rupanya ‘Amaran’ Anda Alami Autisme Dewasa, Jangan Buat Tak Tahu!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×