Euforia Bola 2026
Teknologi

Berjaya Bekukan Akaun Scammer Selepas Bengang Ditipu RM150, Lelaki Ini Dedah Taktik Mudahnya!

akaun scammer

Baru-baru ini, seorang mangsa penipuan dalam talian telah mendedahkan taktik yang digunakannya untuk memastikan akaun scammer yang menyebabkan dia kerugian lebih seratus Ringgit Malaysia, berjaya dibekukan.

Muhd Irfan berkongsi pengalamannya di Facebook selepas kehilangan RM150 kepada scammer, sekaligus memberi panduan praktikal kepada orang ramai untuk menangani kes serupa.

Baca juga: Dapat Panggilan Tapi Tiada Suara? Jangan Jawab, Itu Perangkap Terbaru Scammer!

4 LANGKAH MUDAH BEKUKAN AKAUN SCAMMER

akaun scammer

Tangkap layar perbualan antara Mohd Irfan dan individu yang menipunya.

Menurut hantaran Muhd Irfan, akaun scammer itu berjaya dibekukan selepas beberapa langkah diambil:

1. Maklumat scammer

Pastikan anda mempunyai nombor akaun bank scammer, nama akaun, alamat rumah (dapat daripada post orang lain), reference ID transaksi (rujuk resit bayaran) dan QR code bank scammer (setiap bank ada warna QR code tersendiri).

2. Hubungi 997

Maklumkan semua maklumat yang diperoleh kepada pihak polis melalui talian kecemasan atau prosedur yang disarankan.

Seperti pengalaman Irfan, dia memaklumkan semua maklumat yang disenaraikan di langkah pertama.

Baca juga: Tutorial Lengkap ‘Block’ Iklan Facebook Tak Sesuai Untuk Pengguna Muslim, Barulah Selamat Mata & Jiwa

3. Buat laporan polis

Simpan semua perbualan seperti teks dan suara untuk memudahkan pegawai polis menyediakan lampiran laporan.

4. Laporkan kepada pihak bank atau yang diberitahu oleh polis

Serahkan laporan polis dan surat sokongan (polis hasilkan) seperti diarahkan. Bank akan mengambil tindakan untuk membekukan akaun scammer.

Muhd Irfan menjelaskan, untuk kesnya  dia telah pergi kepada bank dan KPDNKK.

Dia turut menekankan kepentingan berkongsi pengalaman ini untuk membantu orang lain mengenali scammer dan mengambil langkah pencegahan. Kesedaran dan tindakan kolektif amat penting bagi membanteras penipuan dalam talian yang semakin licik.

Penulis telah meminta keizinan untuk menerbitkan kandungan perkongsian ini semula daripada tuan empunya cerita. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Baca juga: 13 Fakta ‘The Beast’, Kereta Paling Selamat & Canggih Dinaiki Presiden Amerika Yang Digelar Bunker Bergerak!

Sumber: Muhd Irfan

FT Image: Jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×