Euforia Bola 2026
Famili

Hanya Kerana Tak Suka Orang Gemuk, Lelaki Bertindak Serang Wanita Guna Pisau Pemotong!

orang gemuk

Satu kejadian mengejutkan berlaku di Bangkok apabila tidak suka akan orang gemuk dijadikan alasan oleh seorang lelaki yang didakwa menyerang seorang wanita warga Vietnam menggunakan pisau pemotong (cutter).

Pengakuan suspek itu mengundang pelbagai reaksi kerana mangsa dipercayai dipilih secara rawak tanpa sebarang perselisihan sebelum kejadian berlaku.

Baca juga: Macam Filem Fiksyen! Angkasawan Kongsi Foto Memukau Kilauan Aurora Selatan Dari Angkasa, Ramai Tergamam!

KERANA TIDAK SUKA ORANG GEMUK, LELAKI SERANG WANITA GUNA ‘CUTTER’

orang gemuk

Gambar: Khaosod English

Menurut laporan media antarabangsa, insiden tersebut berlaku pada 27 Jun lalu di hadapan sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Soi Silom 5, Bangkok.

Polis dari Balai Polis Thung Maha Mek menerima panggilan kecemasan daripada pengurus kedai sekitar jam 11.30 pagi selepas dimaklumkan seorang wanita warga asing diserang, sebelum suspek melarikan diri.

Mangsa dikenal pasti sebagai Nguyen Thi Ngoc Tram, 29, warga Vietnam yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan di Thailand. Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bacca juga: PU Syed Kesal Individu Hantar 20Kg Daging Korban Yang Berbau Ke Madrasah, Akhirnya Terpaksa Ditanam

Suspek beri alasan, tidak suka orang gemuk

Siasatan segera dijalankan dengan bantuan rakaman CCTV di sekitar kawasan Silom.

Hasil rakaman tersebut, polis berjaya menjejaki dan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Etsana, atau nama panggilannya Film, di sebuah lorong berhampiran lokasi kejadian.

Turut dirampas ialah sebilah pisau pemotong yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

Semasa disoal siasat, suspek mengaku melakukan serangan tersebut dan memberikan alasan yang mengejutkan. Menurut polis, lelaki itu mendakwa dia bertindak kerana “tidak suka orang gemuk”.

Pihak berkuasa turut memaklumkan suspek merupakan individu yang hidup sebagai gelandangan dan sering berpindah-randah di sekitar Bangkok.

Suspek kini berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada orang lain dan telah ditahan bagi menjalani proses perundangan.

orang gemuk

Gambar: Khaosod English

Baca juga: Sasar 400,000 Murid, Tapi Hanya 73,000 Saja Daftar Darjah 1 Sesi 2027…KPM Kurangkan Ambil Guru Kontrak!

Mangsa sahkan identiti suspek

Selepas menerima rawatan di hospital, mangsa kembali ke Balai Polis Thung Maha Mek untuk membuat proses pengecaman.

Mangsa mengesahkan lelaki yang ditahan ialah individu yang menyerangnya sebelum mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana berjaya menjejaki suspek dengan pantas menerusi rakaman CCTV.

Menurut laporan sama, penduduk sekitar kawasan Silom sebelum ini dikatakan pernah menyuarakan kebimbangan terhadap tingkah laku suspek yang didakwa pernah terbabit dalam beberapa insiden lain.

Bagaimanapun, pihak polis tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai insiden-insiden tersebut.

Sumber: Khaosod English

FT Image: Khaosod English

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×