Ready nak masuk mood Raya? Tahun ni Watsons kembali lagi dengan filem pendek terbaru yang confirm buat anda terhibur!
Untuk tahun ini, jalan ceritanya berkisarkan sebuah keluarga yang sedang sibuk membuat persiapan Raya namun berdepan satu dilema besar… tak sepakat nak pilih warna baju untuk pagi Syawal!
Dari situlah bermulanya perbincangan yang sedikit ‘panas’ serta babak-babak yang memang relatable dengan situasi keluarga kita sendiri.
Hadir elemen muzik yang catchy dan babak-babak yang dekat dengan realiti kita, filem ini sebenarnya nak sampaikan mesej simple iaitu Raya bukan sekadar tentang warna baju atau nak nampak matching dalam gambar keluarga, tapi tentang kebersamaan dan momen yang kita cipta bersama orang tersayang.
Lebih menarik, filem jenama ini turut menampilkan barisan wajah popular seperti duta Watsons Ayda Jebat, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fahrin Ahmad, Wani Kayrie, Sharifah Rose, Akhmal Nazri dan Lyssa Jean yang pastinya menambah seri dan keceriaan pada penceritaan kali ini.
Watsons Glam Raya Sale – Diskaun 60% untuk item kedua*
Masuk je musim Raya, confirm kita mula fikir nak top up skincare, beli makeup baru, cari perfume serta stok penjagaan diri.
Mana tidaknya, siapa sahaja yang tidak mahu tampil berseri pada pagi Syawal!
Nak tahu apa yang lebih menarik? Watsons sedia menawarkan diskaun 60% untuk item kedua*.
Dalam erti kata lain? Anda boleh borong anda punya favourite skincare, kosmetik dan barang penjagaan diri sebelum Raya dengan harga yang berbaloi!
*Tertakluk kepada produk
Lagi menarik, ada juga beberapa video pendek yang anda boleh tonton di bawah:
Anda boleh explore semua promosi M-Beauty di laman promo di SINI.
Barangan Glam Percuma Sedia Untuk Direbut

Kalau dah shopping, mesti lagi seronok kalau dapat free gift, betul tak?
Pada kali ini, Watsons memang all out dengan pelbagai Barangan Glam Percuma bertemakan Raya:
- Belanja RM80 ke atas – dapat Sampul Raya Percuma
- Belanja RM100 ke atas – dapat Big Raya Bag
- Belanja RM180 ke atas – dapat Tiffin Carrier
- Belanja RM250 ke atas – dapat Foldable Trolley Bag
Ketahui lebih lanjut mengenai promosi M-Beauty di laman promo di SINI.
Lebih wow, semua freebies ini datang dalam pelbagai warna!
Maknanya… kalau rajin kumpul, boleh mix & match ikut tema Raya tahun ini!
Hana Bloom Lucky Box – Peluang untuk dapatkan rekaan yang rare

Buat anda yang suka kejutan dan blind box, Watsons turut menawarkan kolaborasi istimewa Hana Bloom Lucky Box bersama Machino.
Khas buat Watsons Club Members, anda berpeluang meraih harga istimewa yang pastinya lebih berbaloi!
Terdapat 6 pilihan rekaan berbeza untuk dikumpul. Persoalannya, rekaan manakah yang mendapat hati anda?
Dapatkan semua promosi M-Beauty di laman promo di SINI.
Peluang menang 1,288,888 Watsons points setiap hari!

Ya, setiap hari!
Sebagai Watsons Club Member, anda berpeluang menang sebahagian daripada 1,288,888 Watsons Points setiap hari!
Terbuka buat kesemua Watsons Club Members, apa yang perlu anda lakukan hanyalah belanja RM50 dan ke atas menerusi Visa di Watsons untuk menyertainya. Layari laman ini untuk menyertainya. Mudah bukan?
Lagi banyak anda berbelanja, lagi tinggi peluang untuk menang!
Dapatkan semua promosi M-Beauty di laman promo di SINI.
*Tertakluk pada terma & syarat.
Sapot lokal dan menang Bayu Somerset Raya Tote Bag

Watsons juga nak raikan jenama tempatan musim perayaan ini.
Dengan perbelanjaan RM80 dan ke atas untuk jenama lokal terpilih dalam kategori:
- Health Care
- Skincare
- Cosmetics
- Personal Care
Sama ada di Watsons store atau secara dalam talian, anda berpeluang menang Bayu Somerset Raya Tote Bag. Apa tunggu lagi? Ayuh shopping bersama Watsons sekarang!
Shopping sambil sokong brand lokal? Win-win!
Anda boleh ketahui lebih lanjut semua promosi M-Beauty di laman promo di SINI.
Jangan tunggu ‘Last minute’ untuk Shopping di Watsons!
Sama ada nak glam untuk pagi Raya, cukupkan stok skincare atau cari hadiah kecil untuk diri sendiri, sekarang memang timing yang terbaik!
Jadi, dah ready nak glam untuk Raya? Ayuh singgah Watsons terdekat atau shopping online dan jangan lepaskan peluang sepanjang Glam Raya Sale ini!
