Euforia Bola 2026
Nur

Besar Fadilat & Syafaat Bila Ada Yang Meninggal Di Bulan Ramadan, Itu Tanda Husnul Khatimah?

MENINGGAL DI BULAN RAMADAN

Meninggal di bulan Ramadan dianggap sebagai satu keistimewaan dalam Islam kerana bulan ini penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Perkara ini ada dijelaskan dengan lebih lanjut menerusi laman sesawang rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Sah Ke Bayar Zakat Fitrah Tak Sama Dengan Beras Yang Dimakan? Ustaz Ada Jawapannya…

KETAHUI SYAFAAT MENINGGAL DI BULAN RAMADAN

MENINGGAL DI BULAN RAMADAN

Di antara kelebihan bulan Ramadan sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab hadiS yang sahih adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” [Riwayat Muslim (1079)]

Jadi, antara syafaat meninggal di bulan Ramadan adalah seperti berikut:

1. Dalam keadaan pintu syurga terbuka

Ramadan adalah bulan di mana pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup, menunjukkan besarnya rahmat Allah kepada hamba-Nya.

2. Meninggal dalam bulan keampunan

Syafaat meninggal di bulan Ramadan yang seterusnya adalah mereka yang meninggal dalam keadaan beriman berpeluang mendapat rahmat serta keampunan daripada Allah SWT.

3. Didoakan oleh orang berpuasa

Dalam bulan Ramadan, ramai umat Islam yang beribadah dan berdoa. Seperti mana kita tahu, doa orang yang berpuasa mudah dimakbulkan, termasuk doa untuk mereka yang telah meninggal dunia.

4. Masuk syurga bergantung kepada amalan

Meninggal di bulan Ramadan menjadi satu kelebihan kerana keadaan seseorang itu yang sedang beramal. Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari keredhaan Allah, yang ia mengakhiri hidupnya dengan amal tersebut, ia masuk syurga.” [Riwayat Ahmad (23324)]

Ini menunjukkan bahawa orang yang mati pada bulan Ramadan itu, tetap dimasukkan ke dalam syurga bergantung kepada amalannya.

5. Husnul khatimah (pengakhiran yang baik)

Seterusnya, jika seseorang itu ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa ajalnya pada bulan Ramadan atau pada waktu-waktu mulia yang lain seperti hari Jumaat, atau pada tempat-tempat mulia yang lain seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husnul al-khatimah (pengakhiran hidup yang baik).

Kesimpulannya, kita tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan tempat atau waktu kematian kerana ia merupakan hak Allah SWT.

Jadi, perbanyakkan amalan soleh di dunia ini supaya dengan amalan tersebut akan membawa anda ke dalam syurga Allah SWT. Amin.

Baca juga: Nak ‘Melaram’ Pagi Raya Pun Kena Beragak, JANGAN Buat 5 Cantik Yang Diharamkan Ini!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan & Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×