Euforia Bola 2026
Famili

“3 Hari Berturut Makan Kek”- Ibu Kongsi Tarikh Lahir Anak Dekat Dekat, Netizen Cakap Senang Nak Sambut!

tarikh lahir

Ada yang kata rezeki anak ini rahsia Allah, tapi kadang-kadang aturan hidup itu datang dengan cara yang cukup “cantik” sampai buat ramai tersenyum sendiri, terutama apabila melihat susunan tarikh lahir yang seakan-akan tersusun rapi dalam sebuah keluarga.

Perkongsian di Threads oleh pengguna @izzetyfaizal baru-baru ini mencuri perhatian apabila wanita ini berkongsi tentang tiga orang anaknya yang mempunyai tarikh lahir berturut-turut dalam bulan yang sama, iaitu 25 Mac 2020, 27 Mac 2023 dan 26 Mac 2026.

Baca juga: “Bukan Sebab Contact Lens”- Tular Kisah Pengantin Wanita Bersanding Tutup Mata, Kongsi Punca Sebenar!

REZEKI ANAK, SUSUNAN CANTIK TARIKH LAHIR YANG TAK DISANGKA

tarikh lahir

Gambar: Threads @izzetyfaizal

Walaupun berbeza tahun kelahiran, vibes bulan Mac dalam keluarga ini memang luar biasa meriah.

Kata ibu ini, dia tidak merancang secara spesifik tarikh lahir tersebut, sebaliknya hanya merancang jarak umur anak sekitar tiga tahun. Namun rezeki yang hadir itu cukup tersusun, seolah-olah ada “skrip cantik” dari Tuhan.

“Baby March. Kenyang makan kek 3 hari berturut. Saya tak merancang untuk tarikh itu, cuma rancang nak jarak umur anak 3 tahun. Alhamdulillah, dapat. Lain-lain semua perancangan dari-NYA. Cantikkan!” tulisnya.

“3 hari 3 malam kena sambut” – Warga maya terhibur dan teruja sama!

Perkongsian itu bukan sahaja mencuri perhatian, malah turut mengundang pelbagai reaksi lucu dan hangat daripada warga maya yang masing-masing berkongsi pengalaman sendiri tentang tarikh lahir anak dan keluarga.

Ada yang turut sporting berkongsi kisah sendiri apabila tarikh kelahiran anak jatuh hampir sama dengan ahli keluarga lain.

“Wahh bestnya… Anak 2nd saya sama birthday dengan papa dia iaitu 20 Oktober. Sepatutnya due baby 24hb. Tapi saya usap perut pujuk baby keluar 20hb sempena birthday papa. Sekali nohh!! dia bagi contraction tengah pagi buta itu juga. Sakit tak ada ubat korangg,” tulis Susiyana.

Tidak kurang juga yang terhibur dengan konsep “3 hari 3 malam kena sambut” seperti yang dikomen oleh akaun @jpnpofficial.

Baca juga: Reda Bertahun Kehilangan Duit Raya Suami Beri, Wanita Terkejut Jumpa Semula Dalam Penapis Aircond Kereta!

tarikh lahir

Gambar: Threads @izzetyfaizal

Keluarga, kek & tarikh lahir yang comel!

Ada juga yang berkongsi pengalaman keluarga besar dengan tarikh lahir yang hampir sama, menjadikan bulan tertentu seperti musim sambutan kek tanpa henti.

“February babies saya 21/2/1989 dan anak kembar 2 pada tarikh 21/2/2020, makan sama-sama pada hari yang sama. Tapi selalunya yang kenyang makan dua ketul tu. Mak dia yang keluar duit beli kek,” kongsi Mia secara berseloroh.

Dalam masa sama, ramai juga memuji keunikan susunan tarikh lahir keluarga tersebut yang dianggap sweet dan penuh kebetulan indah.

“I love how u said 3 hari makan kek berturut-turut instead of choosing one day to celebrate three of them. GOODJOB MOMMYYY,” komen Lizi.

Ada juga warga maya yang sempat throwback pengalaman sendiri yang jarak anaknya tiga tahun sekali, membuatkan ruangan komen bertukar menjadi sesi perkongsian santai penuh nostalgia.

Baca juga: 4 Kanak-Kanak Jauh Berjalan Kaki Semata-Mata Nak Beraya Di Balai Polis, Gelagat Mereka Curi Tumpuan!

Sumber: Threads @izzetyfaizal

FT Image: Threads @izzetyfaizal / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×